Isnin, 12 Januari 2015

MY KAWAN STORY ...



BILA KAWAN SUKA MAKAN KAWAN…
 







Mulut manis, jari menikam ….
Amboiiii … lain macam jer ayat tu kan?
Baiklah… antara kita yang membaca pagi ini mesti tertanya-tanya apa sebenarnya aku nak bagitahu tu kan?
Well… sepanjang hidup kita kita akan bertemu dengan ramai orang, ramai kawan , sahabat yang adakalanya begitu rapat dan ada juga yang sekadar bermanis muka dengan syarat dalam siku berlipat.. hahahaha…


Baiklah…
Aku sekadar hendak bercerita tentang kawan-kawan yang kita kenal sehari-hari. Ada yang ikhlas, ada yang mengambil kesempatan ke atas kita. Itu lumrah lah… tetapi bagaimana kita nak mengenali spesis muka bertalam ni…
Baiklah… rasanya kita tak perlukan ilmu saikologi atau psikologi dalam nak mentelaah atau menebak debu di kaca ni .. cukup dengan pemerhatian di saat kita senang dan di saat kita susah jerr… euwwww… sangat mudah.. 

Siapa yang akan di sisi kita di saat kita sangat memerlukan dan siapa yang ada di saat kita di perlukan? Jadi … di sinilah kita mengambil isu untuk mengenali mereka…
Tetapi benda yang paling menyakitkan ialah kawan yang mampu menyembunyikan 
 kepalsuan dengan senyum dan kepura-puraanan ni…  
Yang pertamanya- kenali sikap mereka …

Apa yang mereka sangat obsess dalam kehidupan akan menunjukkan sikap sebenar mereka dalam berkawan. Ada yang kemaruk handphone canggih, ada yang teruja dengan emas intan permata, ada yang gila glamer, ada yang obsess dengan makanan, ada yang 1001 kegilaan kita di dunia …

Satu yang termasuk dalam diari hidup ku, adalah mengenali seorang kawan yang suka berlawan-lawan dan membanding-banding, membenci dalam diam dan berdendam … hinggakan aku juga terkena tempias kegilaannya ini…
Nak tahu macam mana aku boleh deskripsi dia macam tu sekali? 


 
Jum kita kajibedah sikap kawan antara kawan ini… mungkin boleh menjadi iktibar buat uolls kalau belum pernah terjumpa personality yang semacam ini…

Aku kenal dia di medan dunia chatting di mudah alih beberapa tahun lalu. Aku matchingkan dia dengan sepupu asben aku akhirnya mereka bertemu jodoh lepas macam-macam yang berlaku. Yang itu aku tak nak ingat lagi tetapi apa yang aku nak mentioned sangat adalah bagaimana seorang yang bernama kawan ini menjual’ aku hidup-hidup…
Begini kisahnya:
Beberapa minggu sebelum tu, wife kazen asben aku yang sorang lagi iaitu biras dia jugak ada mengadu kat aku yang dia dapat SMS dari seseorang. Orang tu pada mulanya cakap nak kenal,  tetapi lepas kawan si S’ (lah lagi senang nak bezakan.. hahahhaa) tak layan, orang yang SMS ni mula duk kutuk dia… marah dan maki hamunsi S ni  kaw-kaw punya… kau pun pelik so aku tanya, kau pernah gaduh dengan sape-sape ker? S cakap mana pernah… S ni type dia hampir sama macam akulah… duk rumah berperap sampai bertelur jer keja… kikikiki so, aku cakap , takpa.. ko simpan SMS dia dan aku pun mintak nombor manusia misteri nusantara tu…
Bila kes SMS tu senyap, dan aku dah hampir nak lupakan tah macam mana aku tergerak hati nak text adik angkat aku yang dulu pernah kerja kat Serian ni jugak tapi time tu dia dah balik kampong halaman dia di Seremban, Negeri Sembilan. Dia ni pun aku kenal kat chatting jugak…
Bila chatting balik, tiba-tiba timbul isu nak mintak pic. So , aku MMS pic aku kat dia… bila dia dapat jer pic aku tu dia terus text laju.. sis, pic sis ke ni? aku pun tergelak lah balik.. laa.. pic aku lah.. kan ko pernah tengok sis hari tu.. takkan pic Erra Fazira kut… lepas tu dia delay reply dalam beberapa minit jugak aku menunggu..
Dia text dan bagitahu…
-        Sis… beberapa hari lalu, aku dapat SMS dari seseorang yang bernama RINA, dari Serian jugak . aku pelik macam mana dia ada nombor aku sedangkan aku tak kenal dia… dia cakap macam –macam… cakap dia orang susah lah.. tak ada handphone canggih laa itu laa inilaa.. tetapi.. bila aku cakap aku nak tengok dia, boleh pulak dia send MMS kat aku dan kalau jer aku tak tengok pic sis pagi ni mesti aku pun percaya yang itu muka dia sendiri… 

-        Hati aku jadi berdebar… apakah yang terjadi sebenarnya dan siapa pula manusia yang mengaku RINA dan send MMS pic aku dan mengaku itu adalah dia? 
-        Dia cakap apa lagi?
-        Nak pinjam duit , nak handphone baru. Aku terus diam senyap sebab dah tak masuk akal aku pun.. aku bukannya kenal dia.. lainla kalau sis…
-        Ermmm.. boleh sis mintak nombor dia?
-        013………
-        Aku terkedu.. rasa pernah tengok nombor tu… memoriku ligat mengingat dan baru aku perasan… nombor yang sama jugak telah buat hal’ dengan si S beberapa minggu lalu… so… tak syak lagi orang yang buat dajal tu adalah orang yang sama yang ada motif dendam dalam jantung dia selama ini dalam diam.. dia lupa agaknya yang ALLAH itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui……

-        Okay little brotha.. sis rasa sis tau orang ni dan please… kalau dia ada text lagi… bagitau kat sis ya…

-        Orait sista… tapi.. orang ni aku call’ nombor dia tiba-tiba out of service… pelik kan?
-        Tak ada yang peliklah.. dia tukar nombor tu sebab dia bukak masa laki dia tak ada kat rumah jerr…
-        ooooO.. macam tu pulak sis.. sabar jerlaa sis , jangan gaduh-gaduh.. 
-        aku bukan nak gaduh laa little bro, nak stopkan penjualan nama dan gambar aku untuk kepentingan pribadi dia yang tamak dan penuh sifat dendam tu…..

-        orait sis..

-        dan SMS chat kami pun berhenti di situ.

Aku terpempan.. di mata dan ingatanku adalah sikap dan muka si L . sebab … handphone aku ni, dia sorang jer yang tak malu pegang dan belek selalu dulu. Katanya nak ambil lagu lah bagai… dan sekarang aku tahu, dia ambil pic aku, ambil nombor kawan chat aku yang paling close dan dia perdajalkan aku dengan dua agenda.. menjual muka aku di samping mendapatkan advantage ‘ dari penjualan itu…. So bullshit manners.. astaghfirrullah al agzhimmmm…

Dan …. Tentang dia dengan si S… rupanya dia memang bencikan si S bukan hanya anak-anak si S tetapi si S tu sekali . aku memang tak faham kenapa walau semasa aku lepak di rumah mak mertua mereka dulu dia memang menunjukkan rasa bencinya itu dengan memilih kasih.. dengan orang lain dia terlebih baik dengan S dia ala kadar itupun mungkin sebab dia takutkan asben si S yang memang terkenal laser dan bazooka nya…bila si S berbeli lebih sikit, dia mula tak senang duduk.. nak jugak yang macam tu.. sampai tahap menjemur pakaian dalam baru kat luar jendela depan semata-mata nak menunjuk yang dia pun ada.


 Ingatkan setakat tu saja kebencian dia rupanya, tergamak dia guna muslihat misteri Nusantara dengan menganggu si S dengan SMS bukan-bukan . nasib S tak kena marah asben dia.. kalau di buatnya asben si S percaya SMS bangang tu, tak ker bercerai berai depa? Ya nauzubillah min zalik…tak dapat aku bayangkan.

Aku ceritakan semua teori tu kat asben aku, semua nya memang menuju ke arah si L… dengan yakin dan berani, demi kebenaran dan demi tidak ada yang lain jadi mangsa penipuannya lagi, aku sendiri pergi ke rumah mak sedara asben aku tu.
Aku dah tak  boleh  tahanlah.. dia mesti berhenti…..

Setibanya kat rumah mereka , aku masuk selamba jer dan menahan kemarahan .. aku kena respek orang lain yang ada dalam rumah itu. Pertamanya..aku mintak handphonenya.. dia cakap handphone dia rosak. Aku cakap bak sini jer.. aku nak tengok… pastu dia cakap nak charge.. aku cakap bak jer, aku nak tengok sekejap….

Akhirnya dengan terpaksa dia pun beredar ke biliknya. Tetapi silap aku jugak tak ikut sama.. sebab, punyalah leka dan lama dia nak ambil handphone tu dan bila dia keluar dia terus ke dapur dulu….(adalah tak mustahil kalau dia sempat padam semua SMS chat dia, nombor kawan aku yang dia ambil dan pic aku yang dia pergunakan masa tu dan tak mustahil juga dia ke dapur tu untuk mencampak simkad misteri nusantara dia yang menyusahkan masyarakat ISLAM sedunia itu…) 

Bila saja handphone tu sampai kat tangan aku memang aku dah tak jumpa bahan-bahan yang boleh menjadi bahan bukti….. (ALLAH Maha Tahu)tetapi kau memang tak puas hati lalu aku suruh dia mengaku dia yang buat semua tu.. jual pic aku, mintak handphone dengan modal pic dan nama aku, pastu aku suruh dia mengaku yang dia ;ah manusia yang t elah mendajalkan biras dia sendiri si S. tapi dia taknak mengaku.. mati-mati taknak mengaku. Lepas tu aku suruh dia bersumpah dan dia hanya diam jer. Aku tahu memang dia… dan yang sedihnya asben dia jugak membela dia (yelah… sekian lama membujang, baru merasa mendapat bini kan.. mau tak membela) aku habis asa. Kesian kat asben dia.. yang dulunya sangat rapat dengan kami sekeluarga). Asben dia pulak duk ingat aku kena hasut si S. iya… aku memang tak cerita habis apa sebenarnya yang terjadi jadi benda ni hanya aku dan dia yang tahu…

Akal aku duk ingatkan … biarkanlah.. lepas ni tentu dia takkan berani lagi nak buat macam tu tapi… jangan harap aku nak percayakan dia lagi sampai mati… kawan laa sangat… kawan apa makan kawan? Tah keli tah haruan… yurkkhhhh…

So- Moral of the story..
Berhati-hati dengan kawan yang bernafsu besar, yang bijak tapi salah guna akal, busuk hati dengan keluarga sendiri sebab kalau dengan keluarga sendiri dia sampai hati apalagi dengan kita yang pegang title hanya kawan sahaja… dan , 

Berhati-hati bagi pic kita kat orang, handphone kita walau untuk di pinjam sebentar pun tanpa pemantauan rapi…. Apalagi sekarang pic kita dah bersepah kat FB , Tweeter dan pelbagai lagi laman so- SIAL…. Silap-silap akan dipergunakan manusia jantung hewan akal Dajjal macam ni untuk kepentingan nafsu, dendam dan syok buat onar mereka…. 

Berhati-hatilah malah kalau boleh, tak perlu langsung letak pic kita sebenar di mana-mana. Kalau kita nak berhubung dengan kawan lama , bolehlah send pic kita secara private’ . itu belum lagi kes pic kena sihir… masyaa’ALLAH…
 


Apapun….
Aku tetap bersyukur, kerana kini aku punya ramai kawan-kawan yang ALLAH hadiahkan’ dengan sikap yang baik, budi bahasa yang baik, akal yang baik, pribadi yang baik…subahanALLAH… tinggal lagi aku yang harus memperbaiki ukhuwah dan silaturrahim antara kami…  walau aku ni bukannya ada apa-apa yang bersifat material untuk di jadikan cenderamata tapi… mereka sentiasa dalam doa-doa ku.. aku sayangkan mereka yang sentiasa ambil berat tentang diriku dan selalu mengambil berat akan aku yang sememangnya berat ni.. gullppp.


 



Baiklah… sampai aku menenyeh keyboard ni lagi..aku harap , apa yang aku kongsikan ini boleh menjadi peringatan buat anda semua dan iktibar … 


Moga ALLAH merahmati kita selalu.. aamiinn Allahumma Aamiinn..

Khamis, 8 Januari 2015

FROM TANAH PUTEH WITH LOVE - BAUK - khazanah berharga yang unik dan istimewa.


~
~ BAUK ~
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
========================================================================

                    Assalamualaikum Warrahmatullah..

Alhamdulillah.. malam yang hebat.. penuh baraqah... korang buat apa kawan-kawan?
tahniah pada yang menghayati malam Jumaat ini dengan hal-hal sunnah yang di tuntut dalam agama kesayangan kita .. aamiinn

baiklah.. aku saja jer nak menyempat ke sini untuk berkongsi satu dari khazanah hebat yang wujud di perairan Kampung Tanah Puteh atau di sungai Batang Sadong ini amnya..

Tengok tak gambar di atas? mesti ada yang ingatkan ulat, anak ikan bilis atau apa saja yang sewaktu dengannya kan...? 
hehehe.. 1st time aku tengok dulu aku pun fikir macam tu jugak.. 
biasalah pandangan pertama kan? tak kenal memang tak cinta.. 
tetapi bila dah merasa penangan rasa dia... amekkawww , semangkuk tak cukup nak lagi dua tiga lebih....

Ikan BAUK ni kecik jerr... besar dia hanya dalam 1 cm hingga 1.5 cm sahaja..dan memang itulah saiz dia takkan besar-besar sampai ke mati sebab ikan ni adalah spesis ikan kecil. Dia biasanya di temui pada  musim-musim tertentu terutamanya pada hujung tahun atau awal tahun, selepas musim air pasang besar atau juga ketika musim BERANYI .. haaa, jangan garu kepala yerr.. BERANYI maknanya menuai padi atau masa kat Sabah dulu mereka gunakan istilah MENGETAM padi... 

mereka biasanya mudik ke hulu- hulu sungai secara berkumpulan . Kalau mengikut mitos yang aku dengar dari orang-orang veteran , ikan BAUK ini mudik ke hulu kerana nak mencari janggut emas si  ikan patin... Aku tak jumpa lagi kat mana-mana resources' tentang keistimewaan dan sifat ikan BAUK ni jadi aku cerita apa yang aku tahu dari pengalaman sendiri dan info dari orang-orang veteran terutama ibu mertua kesayanganku... Dia memang unik.. sesuai di masak dan di sediakan dengan pelbagai resipi... tidak hanyir, dan rasanya sangat manis semanis isi ikan merah yang mahal tu...

Kalau di kampung Tanah Puteh ni, ikan BAUK ini biasanya akan di perolehi dengan cara menangguk dengan menggunakan kain jaring jarang seperti kain kelambu nilon atau yang sewaktu dengannya... para pemburu ikan ini akan menyusuri tebing-tebing sungai dengan suasana yang senyap seperti mengendap dan paling tak boleh untuk bercakap besar atau bercerita awal tentang pencarian kita seperti - ''aku nak nangguk BAUK tuk'' ... haa memang zero-zero lah jawabnya balik karang ... sebab sifat kumpulan ikan ini sangat sensitif dan misteri. Mereka seakan-akan dapat mendengar kata hati kita tau ... 

Selepas mendapatkan ikan ini, cara-cara nak menikmatinya pula basuh dua tiga kali bilasan kerana perlu mengasingkannya dengan anak ikan buntal yang hampir sama saiz dan bentuknya pula.. 
dan selepas di bersihkan , bolehlah di masak mengikut selera masing-masing...


Ada yang suka cucurkan ikan BAUK ni, ada yang suka supkan , tumis lebat bawang dan ada yang suka gorengkan dengan tempoyak (paling favourite ni) malah kalau dah banyak sangat , mak mertua aku biasanya akan buat pekasam atau bahasa Tanah Putehnya danggit... prosesnya kena menggoreng tanpa minyak beras hingga perang tua dan naik bau, kemudian tumbuk kasar dan di gaulkan dengan ikan ni bersama dengan garam kasar.. dapatlah tahan lama sikit dan ada yang hanya memakan mentah bila pekasam atau danggit ini telah masak / masam... kalau aku kena masak lah jugak... orang kata, belum dapat graduate' lagi sebagai warga Tanah Puteh yang sejati... hihihihi....


Haa.. memandangkan , ikan BAUK ini sangat rare' dan hanya boleh di jumpai pada musim tertentu, tidak di ketahui darimana asalnya, habitatnya , harganya juga menjadi rare' seiring dengan tuntutan peminatnya... kalau masa kau mula-mula datang ke sini dulu, harganya dalam RM2 sekong ( setin susu ) tetapi sekarang dah mahal lah sikit. Yerlah.. dah semua benda mahal, minyak mahal, bot mahal, masa dan tenaga pun mahal naaa... tetapi, mahal-mahal pun berbaloi berbanding sensasi rasa ikan BAUK yang sangat sedap dan eksklusif... carilah kat memane restoran atau hotel pun takkan jumpa ikan BAUK yang menjadi khazanah hidupan di kampung Tanah Puteh ini dan Sungai Batang Sadong amnya...

buat pelayar blog yang aku hormati sekalian... 
aku akan uploadkan gambar-gambar ikan BAUK ni lagi di lain masa insyaa'ALLAH supaya lebih ramai lagi yang mengenali hidupan sungai di perkampungan yang terpencil ini nanti.. so , dun worry... be patient... hehehehehe..



setakat ini dulu buat kali ini... aku nak layan 14 Blades kat TV2 pulak... Donnie Yen dengan Edison Chen tuuuu.... 
dan, sebelum tidur nanti, beleklah Surah AL KAHFI ayat 1- 10 atau ayat 100 - 110 ....baca dan paling baik hafazkan... semoga kita terlindung dari fitnah Al Massih Ad Dajjal Laknatullah.... aamiinn Allahumma aamiinn 




sampai menaip lagi, 
Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warrahmatullah hitaala wabarakatuh...
baraqallahufiqum  <3 <3 <3

Selasa, 6 Januari 2015

SURAH MARYAM - terjemahan ... antara surah yang baik di amalkan semasa hamil.




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjz1I_n4YECpcD805dq8Sxo191ZOThQOKvicH6HP0qFOYMHtkvAdTyiey6iRpCNIfbrM1LiH0-n71zWpXDC1kOEl_aUswz8fR5Z17ghyphenhyphenJsz25IrV_IgxQ0XuyIN6guqhKeWAxe5OJ6uSv2n/s1600/surah+maryam+ayat+65.png


        TERJEMAHAN SURAH MARYAM



Surah 19, Surah Maryam (Kisah Maryam) : 98 ayat.
di wahyukan di Mekah
 
Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani). 


19-1:  Kaf, Ha, Ya, 'Ain, Sad. 


19-2:  (Inilah) peringatan tentang rahmat Rab (Tuhan)mu kepada hamba-Nya (Allah), Zakariya.  

 
19-3:  Tatkala dia (Zakariya) berdoa kepada Rab (Tuhan)nya dengan suara yang lembut. 



19-4:  Dia (Zakariya) berkata: "Rabbi (wahai Tuhanku)! Sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepala(ku) telah ditumbuhi uban namun, aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau (Allah), Rabbi (wahai Tuhanku).”



19-5:  “Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap kaum keluargaku sepeninggalanku, sedang isteriku adalah mandul. Maka anugerahilah daku daripada sisi-Mu seorang pengganti (anak).”  



19-6:  “Yang akan mewarisi aku dan mewarisi keluarga Ya'qub; dan jadikanlah dia, Rabbi (wahai Tuhanku), seorang yang diredai".



19-7:  (Allah berfirman): “Wahai Zakariya! Sesungguhnya Kami (Allah) memberi khabar gembira kepada engkau dengan seorang anak lelaki, namanya Yahya, yang sebelumnya Kami (Allah) belum pernah menciptakan nama (serupa) dengannya.” 



19-8:  Zakariya berkata: " Rabbi (wahai Tuhanku), bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku adalah mandul dan aku (sendiri) sesungguhnya sudah mencapai umur yang sangat tua". 



19-9:  Dia (Allah) berfirman: "Demikianlah!" Rab (Tuhan)mu berfirman: "Hal itu adalah mudah bagi-Ku (Allah); dan sesungguhnya telah Aku (Allah) menciptakan engkau sebelum itu, padahal kamu (di waktu itu) belum ada sama sekali."  



19-10:  Dia (Zakariya) berkata: "Rabbi (wahai Tuhanku)! Berilah aku suatu tanda". Dia (Allah) berfirman: "Tanda bagimu ialah bahawa engkau tidak bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal engkau sehat".


 
19-11:  Maka dia (Zakariya) keluar dari mihrab menuju kaumnya, lalu dia memberi isyarat kepada mereka supaya mereka bertasbih di waktu pagi dan petang. 



19-12:  Wahai Yahya, peganglah kitab itu dengan sungguh-sungguh. Dan Kami (Allah) berikan kepadanya hikmah sejak dia (Yahya) masih kanak-kanak. 



19-13:  Dan kasihan belas yang langsung daripada sisi Kami (Allah), dan (juga) kesucian. Dan dia (Yahya) adalah seorang yang bertakwa.  



19-14:  Dan banyak berbakti kepada kedua-dua orang tuanya, dan bukanlah dia orang yang sombong lagi derhaka. 



19-15:  Kesejahteraan atas dirinya pada hari dia dilahirkan, dan pada hari dia meninggal, dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali. 



19-16:  Dan ingatlah (kisah) Maryam (yang disebutkan) dalam kitab, ketika dia menjauhkan diri daripada keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur.  



19-17:  Maka dia mengadakan tabir (yang melindunginya) daripada mereka; lalu Kami (Allah) mengutuskan roh Kami (Allah) kepadanya, maka dia (roh itu) muncul di hadapannya (dalam bentuk) manusia yang sebenarnya. 



19-18:  Dia (Maryam) berkata: "Sesungguhnya aku berlindung kepada al-Rahman (Yang Maha Pemurah) daripadamu, jika kamu seorang yang bertakwa". 



19-19:  Ia (roh itu) berkata: "Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Rab (Tuhan)mu, untuk menganugerahkan kepada engkau seorang anak laki-laki yang suci."  




19-20:  Dia (Maryam) berkata: "Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku, dan aku bukan (pula) seorang perempuan jahat." 



19-21:  Dia (roh itu) berkata: "Demikianlah. Rab (Tuhan)mu berfirman: ‘Hal itu adalah mudah bagi-Ku (Allah); dan agar Kami (Allah) menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat daripada Kami (Allah); dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan’." 



19-22:  Maka Maryam mengandungkan (anak)nya, lalu dia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh. 



19-23:  Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksanya bersandar pada pohon tamar, dia (Maryam) berkata: "Aduhai, alangkah baiknya jika aku mati sebelum ini, dan aku menjadi seorang yang tidak bererti, lagi dilupakan". 


19-24:  Maka dia (roh itu) menyerunya daripada tempat yang rendah: "Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Rab (Tuhan)mu telah menjadikan anak sungai di bawahmu.”  


19-25:  “Dan goyangkanlah pangkal pohon tamar itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah tamar yang masak kepadamu.” 


19-26:  “Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: ‘Sesungguhnya aku telah bernazar kepada al-Rahman (Yang Maha Pemurah) untuk berpuasa, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini’."  



19-27:  Maka dia (Maryam) membawa anak itu kepada kaumnya dengan mendukungnya. Kaumnya berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang amat hebat (mungkar).” 


19-28:  “Wahai saudara perempuan Harun! Ayahmu bukanlah seorang yang jahat dan ibumu bukanlah seorang perempuan jahat.”  

19-29:  Maka dia (Maryam) mengisyaratkan kepada anaknya. Mereka berkata: "Bagaimana kami dapat berbicara dengan seorang yang masih dalam buaian?" 


19-30:  Dia (anak Maryam) berkata: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah. Dia (Allah) memberikan kitab kepadaku, dan Dia (Allah) menjadikan aku seorang nabi.”



19-31:  Dan Dia (Allah) menjadikan aku seorang yang diberkati di mana sahaja aku berada, dan Dia (Allah) memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup.” 


19-32:  “Dan berbakti kepada ibuku. Dan Dia (Allah) tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka.”  


19-33:  “Dan kesejahteraan atas diriku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali". 


19-34:  Itulah ‘Isa ibn Maryam. Perkataan yang benar, yang mereka berselisihan tentangnya. 


19-35:  Tidak ada bagi Allah mempunyai anak. Subhanahu (Maha Suci Dia/Allah). Apabila Dia (Allah) menetapkan sesuatu, maka Dia (Allah) hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia. 


19-36:  Sesungguhnya Allah adalah Rab (Tuhan)ku dan Rab (Tuhan)mu, maka abdikan dirimu kepada-Nya (kepada Allah). Inilah jalan yang lurus. 


19-37:  Maka berselisihlah golongan-golongan itu sesama mereka. Maka kecelakaanlah bagi orang kafir (pada waktu) menyaksikan hari yang besar. 


19-38:  Alangkah terangnya pendengaran mereka dan tajamnya penglihatan mereka, pada hari mereka datang kepada Kami (Allah). Tetapi orang-orang yang zalim pada hari ini (di dunia) berada dalam kesesatan yang nyata. 



19-39:  Dan berilah peringatan kepada mereka tentang hari penyesalan, (iaitu) ketika segala perkara diputuskan, sedang mereka lalai dan mereka tidak beriman. 



19-40:  Sesungguhnya Kami (Allah) yang mewarisi bumi dan orang yang ada di atasnya, dan hanya kepada Kami (Allah) jualah mereka dikembalikan.



19-41:  Dan peringatkanlah (tentang) kisah Ibrahim dalam kitab. Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat membenarkan lagi seorang nabi.


19-42:  Ketika dia (Ibrahim) berkata kepada bapanya: "Wahai bapaku, mengapa kamu mempertuhankan sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat menolong kamu sedikit pun?” 


19-43:  “Wahai bapaku, sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian ilmu pengetahuan yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku, nescaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus.” 


19-44:  “Wahai bapaku, janganlah kamu menyembah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu derhaka kepada al-Rahman (Yang Maha Pemurah).” 



19-45:  “Wahai bapaku, sesungguhnya aku khuatir bahawa kamu akan ditimpa azab daripada al-Rahman (Yang Maha Pemurah), maka kamu menjadi kawan bagi syaitan".


 
19-46:  Berkata (bapanya): "Bencikah kamu kepada tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Jika kamu tidak berhenti, maka nescaya kamu akan aku rejam. Dan tinggalkanlah aku buat waktu yang lama".



19-47:  Berkata (Ibrahim): "Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu Aku akan meminta ampun bagimu kepada Rab (Tuhan)ku. Sesungguhnya Dia (Allah) sangat baik kepadaku.”



19-48:  “Dan aku akan menjauhkan diri daripadamu dan daripada apa yang kamu seru selain Allah itu. Dan aku akan berdoa kepada Rab (Tuhan)ku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Rab (Tuhan)ku".  



19-49:  Maka tatkala dia (Ibrahim) sudah menjauhkan diri daripada mereka dan daripada apa yang mereka pertuhankan selain Allah, Kami (Allah) anugerahkan kepadanya Ishaq dan Ya'qub.  Dan masing-masingnya Kami (Allah) angkat menjadi nabi. 



19-50:  Dan Kami (Allah) anugerahkan kepada mereka sebahagian daripada rahmat Kami (Allah), dan Kami (Allah) jadikan mereka buah pertuturan yang baik lagi tinggi. 



19-51:  Dan peringatkanlah (tentang) kisah Musa dalam kitab. Sesungguhnya dia adalah seorang yang dipilih, dan seorang rasul dan (juga) nabi.




19-52:  Dan Kami (Allah) telah memanggilnya dari sebelah kanan gunung Tur, dan Kami (Allah) telah mendekatkannya (kepada Kami/Allah) di waktu dia bermunajat (kepada Kami/Allah). 



19-53:  Dan Kami (Allah) telah menganugerahkan kepadanya sebahagian rahmat Kami (Allah), (iaitu) saudaranya, Harun (menjadi) seorang nabi.


19-54:  Dan peringatkanlah (tentang) kisah Isma'el dalam kitab. Sesungguhnya dia seorang yang benar janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan nabi. 


19-55:  Dan dia menyuruh ahlinya bersolat dan berzakat, dan dia adalah seorang yang diredai di sisi Rab (Tuhan)nya. 


19-56:  Dan peringatkanlah (tentang kisah) Idris dalam kitab. Sesungguhnya dia  seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi.



19-57:  Dan Kami (Allah) telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi. 



19-58:  Mereka itu, adalah orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah ke atas mereka, iaitu nabi-nabi daripada keturunan Adam, dan daripada (keturunan) orang yang Kami (Allah) angkut bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Isra’el, dan daripada (keturunan) orang yang Kami telah(Allah) berikan petunjuk dan Kami (Allah) pilih. (Yang) apabila dibacakan ayat-ayat al-Rahman (Yang Maha Pemurah) kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.


 
19-59:  Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang menyia-nyiakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka akan menemui kesesatan. 


19-60:  Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal salih, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya sedikit pun. 



19-61:  (Iaitu) syurga ‘Adn yang telah dijanjikan oleh al-Rahman (Yang Maha Pemurah) kepada hamba-hamba-Nya (Allah), sekalipun tidak kelihatan. Sesungguhnya janji Allah itu pasti akan ditepati. 




19-62:  Mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia di dalamnya, kecuali ucapan salam (selamat). Bagi mereka di dalamnya, (mendapat) rezeki pagi dan petang. 




19-63:  Itulah syurga yang Kami (Allah) wariskan kepada hamba-hamba Kami (Allah) yang bertakwa.  



19-64:  Dan tidaklah kami (daripada kalangan malaikat) turun, kecuali dengan perintah Rab (Tuhan)mu. 
Kepunyaan-Nya (Allah) jualah apa yang ada di hadapan kami, apa yang ada di belakang kami, dan apa yang ada antara kedua-duanya. Dan tidaklah Rab (Tuhan)mu lupa.


 
19-65:  Rab (Tuhan) bagi langit dan bumi, dan apa yang ada di antara kedua-duanya, maka abdikan dirimu kepada-Nya (kepada Allah), dan teguhkan hati dalam beribadah kepada-Nya (kepada Allah). Apakah kamu mengetahui bagi-Nya (Allah) ada yang menyamai? 



19-66:  Dan berkata manusia: "Betulkah apabila aku telah mati, bahawa aku sungguh-sungguh akan dibangkitkan menjadi hidup kembali?"


 
19-67:  Dan tidakkah manusia itu memikirkan bahawa sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakannya dahulu, sedang dia tidak ada sama sekali?



19-68:  Demi Rab (Tuhan)mu, sesungguhnya akan Kami (Allah) bangkitkan mereka bersama syaitan, kemudian akan Kami (Allah) datangkan mereka ke sekeliling Jahanam dengan berlutut.



19-69:  Kemudian pasti Kami (Allah) akan tarik daripada tiap-tiap golongan sesiapa antara mereka yang sangat derhaka kepada al-Rahman (Yang Maha Pemurah).

  

19-70:  Dan Kami (Allah) sungguh lebih mengetahui orang-orang yang seharusnya dimasukkan ke dalam neraka.



19-71:  Dan tidak ada seorang pun daripada kamu, melainkan mendatanginya (neraka) itu. Hal itu bagi Rab (Tuhan)mu adalah suatu kepastian yang sudah ditetapkan. 



19-72:  Kemudian Kami (Allah) akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalamnya (neraka) dalam keadaan berlutut.  



19-73:  Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami (Allah) yang cukup jelas, orang yang kafir itu berkata kepada orang yang beriman: "Manakah antara kedua-dua golongan (kafir dan Mukmin) yang lebih baik kedudukannya dan lebih bagus tempat pertemuan (nya)?" 


19-74:  Berapa banyak generasi yang Kami (Allah) telah binasakan sebelum mereka, sedang mereka itu lebih bagus alatan rumah tangganya dan lebih indah dipandang mata. 



19-75:  Katakanlah: "Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarkanlah al-Rahman (Yang Maha Pemurah) memperpanjangkan tempuh (usia)nya, benar-benar panjang; sehingga apabila mereka telah melihat apa yang diancamkan kepadanya, sama ada seksaan atau kiamat, maka mereka akan mengetahui siapa yang lebih jelek kedudukannya dan lebih lemah bala tentera (penolong)nya".




19-76:  Dan Allah akan menambahkan petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk. Dan amal salih yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Rab (Tuhan)mu dan lebih baik kesudahannya. 


 
19-77:  Maka apakah kamu telah melihat orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami (Allah) dan dia mengatakan: "Pasti aku akan diberi harta dan anak".



19-78:  Adakah dia melihat yang ghaib atau dia telah membuat perjanjian di sisi al-Rahman (Yang Maha Pemurah)? 



19-79:  Sekali-kali tidak! Kami (Allah) akan tuliskan apa yang dia katakan itu, dan Kami (Allah) akan memperpanjangkan azab untuknya, benar-benar panjang. 



19-80:  Dan Kami (Allah) akan mewarisi apa yang dia katakan itu, dan dia akan datang kepada Kami (Allah) seorang diri. 



19-81:  Dan mereka telah mengambil (menjadikan) beberapa ilah (tuhan) selain Allah, agar mereka itu menjadi pelindung bagi mereka.



19-82:  Sekali-kali tidak! Kelak mereka (yang dijadikan tuhan) itu akan menafikan peribadatan mereka, dan mereka (yang dijadikan tuhan) itu akan menjadi musuh mereka. 



19-83:  Tidakkah kamu melihat, bahawasanya Kami (Allah) telah mengirim syaitan-syaitan itu kepada orang kafir untuk mengganggu mereka dengan gangguan (yang sungguh-sungguh)? 


19-84:  Maka janganlah kamu tergesa-gesa terhadap mereka, kerana sesungguhnya Kami (Allah) hanya menghitungkan untuk mereka dengan perhitungan yang teliti.


19-85:  (Iaitu) pada hari Kami (Allah) mengumpulkan orang-orang yang bertakwa kepada al-Rahman (Yang Maha Pemurah), sebagai badan (kumpulan) perutusan.  

 

19-86:  Dan Kami (Allah) akan menghalau orang yang derhaka ke Neraka Jahanam dalam keadaan dahaga. 
 


19-87:  Mereka tidak berhak mendapat syafaat, kecuali orang yang telah mengadakan perjanjian di sisi al-Rahman (Yang Maha Pemurah).




19-88:  Dan mereka berkata: "Al-Rahman (Yang Maha Pemurah) mengambil (mempunyai) anak."
 


19-89:  Sesungguhnya kamu telah mendatangkan (mengadakan cerita) sesuatu yang sangat menggerunkan (mungkar). 
 


19-90:  Hampir-hampir langit pecah kerananya (ucapan itu), dan bumi terbelah, dan gunung-gunung runtuh. 
 


19-91:  Kerana mereka mendakwakan al-Rahman (Yang Maha Pemurah) mempunyai anak.
 


19-92:  Dan tidak layak bagi al-Rahman (Yang Maha Pemurah) mengambil (mempunyai) anak.
 


19-93:  Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada al-Rahman (Yang Maha Pemurah) untuk mengabdikan diri.
 


19-94:  Sesungguhnya Dia (Allah) telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti.


19-95:  Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada-Nya (kepada Allah) pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri. 



19-96:  Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal salih, kelak al-Rahman (Yang Maha Pemurah) akan menjadikan untuk mereka rasa berkasih sayang. 


19-97:  Maka sesungguhnya Kami (Allah) memudahkannya (al-Qur’an itu) dengan bahasa engkau, agar engkau dapat memberikan khabar gembira dengannya (al-Qur’an itu) kepada orang yang bertakwa, dan agar engkau memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang. 
 


19-98:  Dan berapa banyak Kami (Allah) telah binasakan generasi sebelum mereka. Adakah kamu melihat seorang pun daripada mereka, atau kamu dengar suara mereka yang sayup-sayup?



                  SADAQALLAHULAZHIMMM



Dari pelbagai pendapat mengatakan , amalan membaca surah Maryam terutama ayat 31 ketika sedang hamil akan menghasilkan anak yang soleh dan taat… alangkah bertuahnya jika anak-anak kita terdiri dari anak yang mendapat keredhaan ALLAH SWT selalu kan…
subahanALLAH… sama-sama amalkan, insyaa’ALLAH…
sekian dulu untuk entri kali ini semoga kita sama-sama mendapat sedikit ilmu dan di manfaatkan di sepanjang hidup kita.. aaminn Allahumma aamiinn ..

salam sayang semesra bayu yang berlalu..