Khamis, 8 Januari 2015

FROM TANAH PUTEH WITH LOVE - BAUK - khazanah berharga yang unik dan istimewa.


~
~ BAUK ~
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
========================================================================

                    Assalamualaikum Warrahmatullah..

Alhamdulillah.. malam yang hebat.. penuh baraqah... korang buat apa kawan-kawan?
tahniah pada yang menghayati malam Jumaat ini dengan hal-hal sunnah yang di tuntut dalam agama kesayangan kita .. aamiinn

baiklah.. aku saja jer nak menyempat ke sini untuk berkongsi satu dari khazanah hebat yang wujud di perairan Kampung Tanah Puteh atau di sungai Batang Sadong ini amnya..

Tengok tak gambar di atas? mesti ada yang ingatkan ulat, anak ikan bilis atau apa saja yang sewaktu dengannya kan...? 
hehehe.. 1st time aku tengok dulu aku pun fikir macam tu jugak.. 
biasalah pandangan pertama kan? tak kenal memang tak cinta.. 
tetapi bila dah merasa penangan rasa dia... amekkawww , semangkuk tak cukup nak lagi dua tiga lebih....

Ikan BAUK ni kecik jerr... besar dia hanya dalam 1 cm hingga 1.5 cm sahaja..dan memang itulah saiz dia takkan besar-besar sampai ke mati sebab ikan ni adalah spesis ikan kecil. Dia biasanya di temui pada  musim-musim tertentu terutamanya pada hujung tahun atau awal tahun, selepas musim air pasang besar atau juga ketika musim BERANYI .. haaa, jangan garu kepala yerr.. BERANYI maknanya menuai padi atau masa kat Sabah dulu mereka gunakan istilah MENGETAM padi... 

mereka biasanya mudik ke hulu- hulu sungai secara berkumpulan . Kalau mengikut mitos yang aku dengar dari orang-orang veteran , ikan BAUK ini mudik ke hulu kerana nak mencari janggut emas si  ikan patin... Aku tak jumpa lagi kat mana-mana resources' tentang keistimewaan dan sifat ikan BAUK ni jadi aku cerita apa yang aku tahu dari pengalaman sendiri dan info dari orang-orang veteran terutama ibu mertua kesayanganku... Dia memang unik.. sesuai di masak dan di sediakan dengan pelbagai resipi... tidak hanyir, dan rasanya sangat manis semanis isi ikan merah yang mahal tu...

Kalau di kampung Tanah Puteh ni, ikan BAUK ini biasanya akan di perolehi dengan cara menangguk dengan menggunakan kain jaring jarang seperti kain kelambu nilon atau yang sewaktu dengannya... para pemburu ikan ini akan menyusuri tebing-tebing sungai dengan suasana yang senyap seperti mengendap dan paling tak boleh untuk bercakap besar atau bercerita awal tentang pencarian kita seperti - ''aku nak nangguk BAUK tuk'' ... haa memang zero-zero lah jawabnya balik karang ... sebab sifat kumpulan ikan ini sangat sensitif dan misteri. Mereka seakan-akan dapat mendengar kata hati kita tau ... 

Selepas mendapatkan ikan ini, cara-cara nak menikmatinya pula basuh dua tiga kali bilasan kerana perlu mengasingkannya dengan anak ikan buntal yang hampir sama saiz dan bentuknya pula.. 
dan selepas di bersihkan , bolehlah di masak mengikut selera masing-masing...


Ada yang suka cucurkan ikan BAUK ni, ada yang suka supkan , tumis lebat bawang dan ada yang suka gorengkan dengan tempoyak (paling favourite ni) malah kalau dah banyak sangat , mak mertua aku biasanya akan buat pekasam atau bahasa Tanah Putehnya danggit... prosesnya kena menggoreng tanpa minyak beras hingga perang tua dan naik bau, kemudian tumbuk kasar dan di gaulkan dengan ikan ni bersama dengan garam kasar.. dapatlah tahan lama sikit dan ada yang hanya memakan mentah bila pekasam atau danggit ini telah masak / masam... kalau aku kena masak lah jugak... orang kata, belum dapat graduate' lagi sebagai warga Tanah Puteh yang sejati... hihihihi....


Haa.. memandangkan , ikan BAUK ini sangat rare' dan hanya boleh di jumpai pada musim tertentu, tidak di ketahui darimana asalnya, habitatnya , harganya juga menjadi rare' seiring dengan tuntutan peminatnya... kalau masa kau mula-mula datang ke sini dulu, harganya dalam RM2 sekong ( setin susu ) tetapi sekarang dah mahal lah sikit. Yerlah.. dah semua benda mahal, minyak mahal, bot mahal, masa dan tenaga pun mahal naaa... tetapi, mahal-mahal pun berbaloi berbanding sensasi rasa ikan BAUK yang sangat sedap dan eksklusif... carilah kat memane restoran atau hotel pun takkan jumpa ikan BAUK yang menjadi khazanah hidupan di kampung Tanah Puteh ini dan Sungai Batang Sadong amnya...

buat pelayar blog yang aku hormati sekalian... 
aku akan uploadkan gambar-gambar ikan BAUK ni lagi di lain masa insyaa'ALLAH supaya lebih ramai lagi yang mengenali hidupan sungai di perkampungan yang terpencil ini nanti.. so , dun worry... be patient... hehehehehe..



setakat ini dulu buat kali ini... aku nak layan 14 Blades kat TV2 pulak... Donnie Yen dengan Edison Chen tuuuu.... 
dan, sebelum tidur nanti, beleklah Surah AL KAHFI ayat 1- 10 atau ayat 100 - 110 ....baca dan paling baik hafazkan... semoga kita terlindung dari fitnah Al Massih Ad Dajjal Laknatullah.... aamiinn Allahumma aamiinn 




sampai menaip lagi, 
Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warrahmatullah hitaala wabarakatuh...
baraqallahufiqum  <3 <3 <3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan