Isnin, 12 Januari 2015

MY KAWAN STORY ...



BILA KAWAN SUKA MAKAN KAWAN…
 







Mulut manis, jari menikam ….
Amboiiii … lain macam jer ayat tu kan?
Baiklah… antara kita yang membaca pagi ini mesti tertanya-tanya apa sebenarnya aku nak bagitahu tu kan?
Well… sepanjang hidup kita kita akan bertemu dengan ramai orang, ramai kawan , sahabat yang adakalanya begitu rapat dan ada juga yang sekadar bermanis muka dengan syarat dalam siku berlipat.. hahahaha…


Baiklah…
Aku sekadar hendak bercerita tentang kawan-kawan yang kita kenal sehari-hari. Ada yang ikhlas, ada yang mengambil kesempatan ke atas kita. Itu lumrah lah… tetapi bagaimana kita nak mengenali spesis muka bertalam ni…
Baiklah… rasanya kita tak perlukan ilmu saikologi atau psikologi dalam nak mentelaah atau menebak debu di kaca ni .. cukup dengan pemerhatian di saat kita senang dan di saat kita susah jerr… euwwww… sangat mudah.. 

Siapa yang akan di sisi kita di saat kita sangat memerlukan dan siapa yang ada di saat kita di perlukan? Jadi … di sinilah kita mengambil isu untuk mengenali mereka…
Tetapi benda yang paling menyakitkan ialah kawan yang mampu menyembunyikan 
 kepalsuan dengan senyum dan kepura-puraanan ni…  
Yang pertamanya- kenali sikap mereka …

Apa yang mereka sangat obsess dalam kehidupan akan menunjukkan sikap sebenar mereka dalam berkawan. Ada yang kemaruk handphone canggih, ada yang teruja dengan emas intan permata, ada yang gila glamer, ada yang obsess dengan makanan, ada yang 1001 kegilaan kita di dunia …

Satu yang termasuk dalam diari hidup ku, adalah mengenali seorang kawan yang suka berlawan-lawan dan membanding-banding, membenci dalam diam dan berdendam … hinggakan aku juga terkena tempias kegilaannya ini…
Nak tahu macam mana aku boleh deskripsi dia macam tu sekali? 


 
Jum kita kajibedah sikap kawan antara kawan ini… mungkin boleh menjadi iktibar buat uolls kalau belum pernah terjumpa personality yang semacam ini…

Aku kenal dia di medan dunia chatting di mudah alih beberapa tahun lalu. Aku matchingkan dia dengan sepupu asben aku akhirnya mereka bertemu jodoh lepas macam-macam yang berlaku. Yang itu aku tak nak ingat lagi tetapi apa yang aku nak mentioned sangat adalah bagaimana seorang yang bernama kawan ini menjual’ aku hidup-hidup…
Begini kisahnya:
Beberapa minggu sebelum tu, wife kazen asben aku yang sorang lagi iaitu biras dia jugak ada mengadu kat aku yang dia dapat SMS dari seseorang. Orang tu pada mulanya cakap nak kenal,  tetapi lepas kawan si S’ (lah lagi senang nak bezakan.. hahahhaa) tak layan, orang yang SMS ni mula duk kutuk dia… marah dan maki hamunsi S ni  kaw-kaw punya… kau pun pelik so aku tanya, kau pernah gaduh dengan sape-sape ker? S cakap mana pernah… S ni type dia hampir sama macam akulah… duk rumah berperap sampai bertelur jer keja… kikikiki so, aku cakap , takpa.. ko simpan SMS dia dan aku pun mintak nombor manusia misteri nusantara tu…
Bila kes SMS tu senyap, dan aku dah hampir nak lupakan tah macam mana aku tergerak hati nak text adik angkat aku yang dulu pernah kerja kat Serian ni jugak tapi time tu dia dah balik kampong halaman dia di Seremban, Negeri Sembilan. Dia ni pun aku kenal kat chatting jugak…
Bila chatting balik, tiba-tiba timbul isu nak mintak pic. So , aku MMS pic aku kat dia… bila dia dapat jer pic aku tu dia terus text laju.. sis, pic sis ke ni? aku pun tergelak lah balik.. laa.. pic aku lah.. kan ko pernah tengok sis hari tu.. takkan pic Erra Fazira kut… lepas tu dia delay reply dalam beberapa minit jugak aku menunggu..
Dia text dan bagitahu…
-        Sis… beberapa hari lalu, aku dapat SMS dari seseorang yang bernama RINA, dari Serian jugak . aku pelik macam mana dia ada nombor aku sedangkan aku tak kenal dia… dia cakap macam –macam… cakap dia orang susah lah.. tak ada handphone canggih laa itu laa inilaa.. tetapi.. bila aku cakap aku nak tengok dia, boleh pulak dia send MMS kat aku dan kalau jer aku tak tengok pic sis pagi ni mesti aku pun percaya yang itu muka dia sendiri… 

-        Hati aku jadi berdebar… apakah yang terjadi sebenarnya dan siapa pula manusia yang mengaku RINA dan send MMS pic aku dan mengaku itu adalah dia? 
-        Dia cakap apa lagi?
-        Nak pinjam duit , nak handphone baru. Aku terus diam senyap sebab dah tak masuk akal aku pun.. aku bukannya kenal dia.. lainla kalau sis…
-        Ermmm.. boleh sis mintak nombor dia?
-        013………
-        Aku terkedu.. rasa pernah tengok nombor tu… memoriku ligat mengingat dan baru aku perasan… nombor yang sama jugak telah buat hal’ dengan si S beberapa minggu lalu… so… tak syak lagi orang yang buat dajal tu adalah orang yang sama yang ada motif dendam dalam jantung dia selama ini dalam diam.. dia lupa agaknya yang ALLAH itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui……

-        Okay little brotha.. sis rasa sis tau orang ni dan please… kalau dia ada text lagi… bagitau kat sis ya…

-        Orait sista… tapi.. orang ni aku call’ nombor dia tiba-tiba out of service… pelik kan?
-        Tak ada yang peliklah.. dia tukar nombor tu sebab dia bukak masa laki dia tak ada kat rumah jerr…
-        ooooO.. macam tu pulak sis.. sabar jerlaa sis , jangan gaduh-gaduh.. 
-        aku bukan nak gaduh laa little bro, nak stopkan penjualan nama dan gambar aku untuk kepentingan pribadi dia yang tamak dan penuh sifat dendam tu…..

-        orait sis..

-        dan SMS chat kami pun berhenti di situ.

Aku terpempan.. di mata dan ingatanku adalah sikap dan muka si L . sebab … handphone aku ni, dia sorang jer yang tak malu pegang dan belek selalu dulu. Katanya nak ambil lagu lah bagai… dan sekarang aku tahu, dia ambil pic aku, ambil nombor kawan chat aku yang paling close dan dia perdajalkan aku dengan dua agenda.. menjual muka aku di samping mendapatkan advantage ‘ dari penjualan itu…. So bullshit manners.. astaghfirrullah al agzhimmmm…

Dan …. Tentang dia dengan si S… rupanya dia memang bencikan si S bukan hanya anak-anak si S tetapi si S tu sekali . aku memang tak faham kenapa walau semasa aku lepak di rumah mak mertua mereka dulu dia memang menunjukkan rasa bencinya itu dengan memilih kasih.. dengan orang lain dia terlebih baik dengan S dia ala kadar itupun mungkin sebab dia takutkan asben si S yang memang terkenal laser dan bazooka nya…bila si S berbeli lebih sikit, dia mula tak senang duduk.. nak jugak yang macam tu.. sampai tahap menjemur pakaian dalam baru kat luar jendela depan semata-mata nak menunjuk yang dia pun ada.


 Ingatkan setakat tu saja kebencian dia rupanya, tergamak dia guna muslihat misteri Nusantara dengan menganggu si S dengan SMS bukan-bukan . nasib S tak kena marah asben dia.. kalau di buatnya asben si S percaya SMS bangang tu, tak ker bercerai berai depa? Ya nauzubillah min zalik…tak dapat aku bayangkan.

Aku ceritakan semua teori tu kat asben aku, semua nya memang menuju ke arah si L… dengan yakin dan berani, demi kebenaran dan demi tidak ada yang lain jadi mangsa penipuannya lagi, aku sendiri pergi ke rumah mak sedara asben aku tu.
Aku dah tak  boleh  tahanlah.. dia mesti berhenti…..

Setibanya kat rumah mereka , aku masuk selamba jer dan menahan kemarahan .. aku kena respek orang lain yang ada dalam rumah itu. Pertamanya..aku mintak handphonenya.. dia cakap handphone dia rosak. Aku cakap bak sini jer.. aku nak tengok… pastu dia cakap nak charge.. aku cakap bak jer, aku nak tengok sekejap….

Akhirnya dengan terpaksa dia pun beredar ke biliknya. Tetapi silap aku jugak tak ikut sama.. sebab, punyalah leka dan lama dia nak ambil handphone tu dan bila dia keluar dia terus ke dapur dulu….(adalah tak mustahil kalau dia sempat padam semua SMS chat dia, nombor kawan aku yang dia ambil dan pic aku yang dia pergunakan masa tu dan tak mustahil juga dia ke dapur tu untuk mencampak simkad misteri nusantara dia yang menyusahkan masyarakat ISLAM sedunia itu…) 

Bila saja handphone tu sampai kat tangan aku memang aku dah tak jumpa bahan-bahan yang boleh menjadi bahan bukti….. (ALLAH Maha Tahu)tetapi kau memang tak puas hati lalu aku suruh dia mengaku dia yang buat semua tu.. jual pic aku, mintak handphone dengan modal pic dan nama aku, pastu aku suruh dia mengaku yang dia ;ah manusia yang t elah mendajalkan biras dia sendiri si S. tapi dia taknak mengaku.. mati-mati taknak mengaku. Lepas tu aku suruh dia bersumpah dan dia hanya diam jer. Aku tahu memang dia… dan yang sedihnya asben dia jugak membela dia (yelah… sekian lama membujang, baru merasa mendapat bini kan.. mau tak membela) aku habis asa. Kesian kat asben dia.. yang dulunya sangat rapat dengan kami sekeluarga). Asben dia pulak duk ingat aku kena hasut si S. iya… aku memang tak cerita habis apa sebenarnya yang terjadi jadi benda ni hanya aku dan dia yang tahu…

Akal aku duk ingatkan … biarkanlah.. lepas ni tentu dia takkan berani lagi nak buat macam tu tapi… jangan harap aku nak percayakan dia lagi sampai mati… kawan laa sangat… kawan apa makan kawan? Tah keli tah haruan… yurkkhhhh…

So- Moral of the story..
Berhati-hati dengan kawan yang bernafsu besar, yang bijak tapi salah guna akal, busuk hati dengan keluarga sendiri sebab kalau dengan keluarga sendiri dia sampai hati apalagi dengan kita yang pegang title hanya kawan sahaja… dan , 

Berhati-hati bagi pic kita kat orang, handphone kita walau untuk di pinjam sebentar pun tanpa pemantauan rapi…. Apalagi sekarang pic kita dah bersepah kat FB , Tweeter dan pelbagai lagi laman so- SIAL…. Silap-silap akan dipergunakan manusia jantung hewan akal Dajjal macam ni untuk kepentingan nafsu, dendam dan syok buat onar mereka…. 

Berhati-hatilah malah kalau boleh, tak perlu langsung letak pic kita sebenar di mana-mana. Kalau kita nak berhubung dengan kawan lama , bolehlah send pic kita secara private’ . itu belum lagi kes pic kena sihir… masyaa’ALLAH…
 


Apapun….
Aku tetap bersyukur, kerana kini aku punya ramai kawan-kawan yang ALLAH hadiahkan’ dengan sikap yang baik, budi bahasa yang baik, akal yang baik, pribadi yang baik…subahanALLAH… tinggal lagi aku yang harus memperbaiki ukhuwah dan silaturrahim antara kami…  walau aku ni bukannya ada apa-apa yang bersifat material untuk di jadikan cenderamata tapi… mereka sentiasa dalam doa-doa ku.. aku sayangkan mereka yang sentiasa ambil berat tentang diriku dan selalu mengambil berat akan aku yang sememangnya berat ni.. gullppp.


 



Baiklah… sampai aku menenyeh keyboard ni lagi..aku harap , apa yang aku kongsikan ini boleh menjadi peringatan buat anda semua dan iktibar … 


Moga ALLAH merahmati kita selalu.. aamiinn Allahumma Aamiinn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan