Ahad, 4 Januari 2015

HANDMADE - the original sign of Heart


Bismillah Hirrahman Nirrahim

Assalamualaikum Warrahmatullah Hitaala Wabarakatuh

Salam Sejahtera, Selamat berjuang sekali lagi hari ini….

 



Wow… so skema, so macam gitu-gitu jer kan…
Baiklah .. aku sebenarnya hilang mood nak berjuang hari ni sebenarnya tetapi, ALLAH pinjamkan nafas bukan untuk MOOD kita semata-mata kan? Kita kena wajib mensyukuri dengan redha dan kuat akan apa saja kepedihan yang menyakitkan hati kita tiba-tiba kan? 



Yeahhh.. so… aku malas nak menaip ikut DBP punya rules… hari ni kita bercakap ikut aku punya rules… alaaa… santai rileks layan mata dengan barang handmade jerr pun.. apela yang serius sangat kan…. hahahhaha



sebenarnya, aku tak laa terfikir kalau apa yang aku buat selama ni lawa mane sebab aku sebenarnya hanya seorang amatur....
itupun belajar dari melawat dari blog ke blog terutamanya blog #Dinah Crochet... blog dia memang awesome.... dan aku cemburu serta merta buat aku berangan nak jadi macam dia dan mungkin lebih lagi kalau saja kewangan dan kekangan masa aku mampu (sebab aku ada beberapa task skrip telemovie yang tak siap lagi ni) ....




Dan bila mana aku tengok anak-anak buah aku pakai kopiah dan topi yang aku kaitkan , barulah aku sedar yang hasil kerjatangan aku ni sweet jugak... perasan jap ler yerr... apapun , benda ni menaikkan semangat aku yang sebenarnya hampir hilang... kikikikiki... mengait bukan mudah... memang ramai yang boleh mengait tetapi... mengait adalah interpretasi jiwa... sesuatu yang asli dan tulus terutama kalau kita mengait kerana kasih sayang.... tiap sorang takkan sama walau asasnya cuma mengait... betul tak ?

my nephew - Ainul Mardiah - tngok kat topi dia.. heheheh

Ainul muka nak tidO, Luqman dan Addin dengan kopiah masing-masing .

tiada yang lebih menyeronokkan selain melihat kegembiraan orang lain kan? baiklah... ni pulak koleksi kopiah yang aku kaitkan yang dah jadi milik orang... komenlaa kalau sudi... hahahaha.. lagi bagus kalau tempah sekarang sebab aku tak sure bila aku ada masa lagi.. kalau ikutkan, aku banyak task yang kena aku siapkan.. so, kalau berminat, jangan segan-segan yer.. whatsapp jer kat no tu - 0135640637 atau pm kat FB akaun NurShereene Sumayyah.

paten top kopiah


antara yang telah menjadi hak milik kawan-kawan dan anak buah - cutes kan?




yang dua ni pulak kopiah corak tanpa nama.

apa pendapat korang kerja dak amatur macam aku ni? boleh laa kan? kalau dah di pakai sure lawa jerr... 

Tapi.. bukan tu jer sebenarnya.. ada beberapa lagi hasil tangan yang aku dah kaitkan.. tapi kebanyakannya sesuatu yang comel, yang boleh di pakai dan cepat di siapkan sebab sebenarnya aku cepat boring... kalau nak kena mengait benda yang sama lebih 3 hari tak siap memang aku naik tension... erkkhh... 

so, jum tengok apa benda comel aku pernah siapkan tu jum....

koleksi beg handphone serbaguna - masing-masing berlainan paten dia

seumpama.. rama-rama - percubaan pertama utk keychains - bolehlaaa

beg handphone motif english - kononyerrlaa

dia lagi... aku memang jatuh hati kat kaler Maroon ni.. sorry

Dan ada juga kegunaan harian macam ni haa.. anak-anak mesti suka ...

ikat rambut berbunga

ikat rambut biasa bermanik

sarung tumbler motif kudup rose

sarung Android phone

kotak pensel serbaguna

hurmmmm.. kannnn... comel-comel dan fashionable.... hehehehe
aku sebenarnya tengah plan nak buat beg sandang motif pasukan bola negeri macam ni banyak -banyak (tengok gambar dibawah)
motif JDT - my biras yang order

tapi , adakah harga rm70 termasuk pos terlalu mahal? beg ni boleh muatkan tab dan buku terutama buat student IPT yang sukakan kelainan dan ideantiti sendiri. yang pastinya tidak akan di temui di mana-mana shopping complex kan? :) 

selain itu .. aku ada juga mengait benda-benda heavy chains yang lainnya .. nak tahu apa ke benda heavy chains bagi aku ni?
jum kita tengok heavy tak heavynya....


heavy chains yang sangat mencabar kemampuan dak amatur macam aku... hehehe- alhamdulillah.. menjadi jgk

dua warna jer tapi memang sweet kan?

well.. begitulah hasil kerastangan aku yang tak seberapa mane tapi bagi aku itulah original sign of my heart... aku buat ikut hati aku, imaginasi dan apa yang aku rasa aku nak present kan pada kawan-kawan dan kepuasan kreativiti aku sendiri.... 
kepada yang ada FB tu bolehlah LIKE halaman aku tu sebab aku lebih kerap update kat sana benda2 yang kecil - halaman - Himpunan Produk Benang Kait. LIKE jangan tak like... 


kalau kita tak nak mana tau ada kawan-kawan yang nak ataupun nak present kat parents atau mak mertua... hehehe sebab orang veteran yang sukakan benda handmade ni.. so nostalgic .... yer tak? 




cute jer.. ni sarung bunga telur atau utk bunga rampai... amazing tak? ngeeee ^_^
haaa... lain orang lain kisahnya.. aku mengait ikut hati.. sesuatu yang aku nak jadikan simbol dari hati aku sendiri.. aku nak yang lain dan sempOi....  sebab tu kekadang aku jadi over expose... hehehehe... so, tu yang jadi handmade - the original sign of heart' ... walllaaaah....


hurmmm.. baiklah.. ni pun dah banyak sangat aku pot pet kan.. 
sampai jumpa lagi di lain entri... salam sayang salam manis semanis kurma madu lebah tualang tiga.. buat semua yang singgah di blog aku yang tak seberapa ni yer.. 

baraqallahufiqum... bubyeee....
 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan