Sabtu, 3 Januari 2015

SALAM MAULIDUR RASUL - antara akhlak Rasulullah dan adab kita dalam membetulkan yang salah.



Salam  Maulidur Rasul – 12 Rabiul Awwal 1436 – 3 January 2015….

Allahumma Sholli Alaa Sayyidina Muhammad  Wa’ Alaa Alihi Washohbihi  Wabarik Wassalam Alaikh…

Segala puji bagi ALLAH Subahan Wata’ala atas rahmat yang Dikau berikan kepada kami…sesungguhnya, Rasulullah  Sholallahu Alaihi Wassalam adalah cahaya , adalah  penyuluh  ke pada umat akhir zaman…. Dan kami  amat  bersyukur atas rahmat dan cahaya indah ini
SubahanALLAH Wabihamdihih…
Apapun pandangan, apapun pendapat yang berlainan , umum telah maklum jika Rasulullah di puterakan pada 12 Rabiul Awwal  … Dan adalahmenjadi sunnah untuk meraikan kelahiran pemimpin Agung buat umat ISLAM ini di mana saja kita berada…
Apa yang aku nak perkatakan di entri kali ini adalah sikap para pelampau agama.. Yang terlebih pandai dan terlebih kaji ni. Siap sindir menyindir memperlekehkan usaha mereka yang sedang bergembira dengan niat meraikan kelahiran Rasulullah Sholallahu  Alaihi Wassalam… Kesian mereka kan… Satu  agama , berlainan cara, berlainan pendapat, semua nak tunjuk yang mereka benar, berilmu, beriman  dan melebihi mereka yang lainnya…
Sedangkan bagi diriku yang  kerdil ilmu dan jahil serba serbi, aku Cuma mahukan kebaikan, kedamaian, kasih sayang, ukhuwah dan silaturrahim terus di pupuk bersama dengan  hari yang berbahagia ini…
Kenapa nak di sindir –sindir kalau pun kamu itu benar (pada anggapan kamu) . Sungguhpun 12 Rabiul Awwal di PERCAYAI adalah tarikh kewafatan Rasulullah juga tetapi adilkah kalau kita nak menjadikan hari ini hari perkabungan?  Semua ini menimbulkan kekeliruan dan pecah belah di kalangan umat terutama umat yang tidak mempunyai pengetahuan agama yang baik. Yang hanya ikut- ikutan semata-mata… kesiankan …
Sungguhlah  pesanan Rasulullah Sholallahu Alaihi Wassalam, umatnya di akhir zaman akan terbahagi kepada 73 … kesedihan Rasulullah akan umatnya kian terserlah akhir-akhir ini..
masing-masing hendak bersikap angkuh dan takbur dengan ilmu, masing-masing nak memperlekehkan orang lain hingga ada yang baru hendak berubah jadi malu dan takut untuk mengubah dirinya lantaran segan di cerca dan di hina dengan cara halus malah secara depan-depan hingga menjatuhkan maruah mereka…
Mereka menganggap diri mereka pencinta Rasulullah Sholallahu Alaihi Wassalam tetapi yang peliknya, kenapa adab dan akhlak Rasulullah mereka tak ikut sepenuhnya kan?

Rasulullah sangat lembut dan sangat bertoleransi  kepada umatnya, malah pada musuhnya sekalipun.. Tiada kata sindir, tiada kata menghina waimah kepada mayat musuh yang mahukan kematiannya… Tetapi cuba tengok kebanyakkan kita hari ini? …. Ramai yang merasa besar diri, kerana ilmu agama yang tinggi hingga ada yang terkena istidraj ilmu, menang yang hanya satu tetapi tewas pada yang lain.. Dia mampu memikroskopkan kejahilan orang lain yang tidak sependapat dengannya tetapi tidak mampu menjaga adabnya dengan orang, malahan dengan kaum keluarganya sendiri…tergamakkan? 
 
Duhai …
jum baca petikan di bawah : 

Adab menegur erat silaturahim

Oleh Nazri Hussein
bhagama@bh.com.my
2014/05/06

Berbicara dengan lembut, selami perasaan individu kelompok sasaran

Seorang pengerusi jawatankuasa di sebuah masjid menggunakan bahasa agak kasar dan keras ketika menegur jemaah sehingga menyebabkan sebahagian daripada mereka berkecil hati serta terkilan dengan teguran itu.

Mereka menganggap kata-kata yang agak emosional serta tidak sepatutnya diungkapkan hanya disebabkan perkara kecil yang terlanjur dilakukan oleh jemaah. Akibatnya, segelintir jemaah mula menjauhkan diri daripada masjid itu dan ada yang memilih untuk berjemaah di masjid lain.

Hal ini tentulah merugikan kita pada saat kita sedaya upaya berdakwah untuk mendidik lebih ramai masyarakat mencintai dan memakmurkan masjid serta surau.

Islam sebagai agama yang syumul sangat menekankan persoalan berkaitan hubungan dalam masyarakat khususnya aspek menegur atau menasihati orang lain. Ini penting kerana pendekatan yang betul akan memberi impak besar dalam hubungan sosial.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.” (Surah an-Nahlu, ayat 125)

Adab menegur perlu ikut syariat

Adab dan tatacara menegur perlu mengikut syariat yang diajar oleh Islam melalui contoh akhlak ditunjukkan Rasulullah SAW serta sahabat. Antara adab Islam ketika menegur adalah menggunakan kata-kata yang baik, sesuai serta difahami oleh orang yang ditegur.

Nada dan intonasi digunakan ketika berbahasa juga akan menjadi penilaian sama ada teguran itu dianggap lunak, lemah lembut, bersopan atau sebaliknya.

Perkara kedua yang perlu ditekankan ketika menegur ialah jangan sesekali merendahkan ego terhadap orang yang ditegur. Ini penting kerana setiap orang mempunyai ego masing-masing. Justeru, sikap bijaksana dan berhati-hati perlu dijadikan teras ketika berhadapan dengan mereka.

Kemungkinan orang yang hendak ditegur itu sedang ditimpa musibah atau masalah emosi yang boleh menyebabkan mereka mengeluarkan kata-kata kurang ajar selepas ditegur. Banyak kes yang berlaku orang yang ditegur bertindak balas secara kekerasan hingga berlaku permusuhan.

Perkara ketiga perlu diambil berat ialah mencari waktu atau masa yang tepat dan bersesuaian. Nabi Muhammad SAW melarang kita menegur seseorang di hadapan khalayak ramai kerana ia boleh menimbulkan perasaan aib.

Justeru, tegurlah ketika seseorang itu berada dalam keadaan bersendirian atau di tempat yang tertutup supaya teguran kita diterima dengan senang hati. Perhatikan juga raut wajah serta perwatakan supaya maruah dan harga diri mereka terpelihara daripada umpatan dan dipandang serong oleh orang lain.

Aspek seterusnya adalah memahami dan menyelami kedudukan seseorang yang ditegur. Setiap individu mempunyai pangkat, kerjaya serta darjat dalam masyarakat sama ada tinggi, rendah atau sederhana.

Orang yang berpendidikan atau memiliki kerjaya hebat perlu ditegur dengan hujah ilmiah melalui perbahasan bijaksana serta berilmu. Selain itu, fakta dan nas yang betul perlu dijadikan sandaran demi menegakkan kebenaran yang ingin dipertahankan.

Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabda Baginda: “Barang siapa yang melihat kemungkaran dalam kalangan kamu hendaklah dicegah dengan tangan (kuasa). Sekiranya tidak mampu hendaklah dicegah dengan lidah (nasihat). Jika tidak mampu juga cegahlah dengan hati (niat). Maka itu adalah serendah-rendah iman.”

Dakwah secara lemah lembut

Setiap rasul yang diutuskan Allah SWT kepada umat mereka akan menggunakan kaedah dakwah menyampaikan kebenaran secara lemah lembut, tertib, bersopan santun serta menjauhi daripada ungkapan yang emosional, celupar atau penggunaan kata-kata kesat.

Nabi Musa dan Nabi Harun sewaktu berhadapan dengan Firaun menunjukkan kebaikan melalui kata-kata yang lunak dan berhemah meskipun berhadapan dengan kebiadapan serta kezaliman Firaun.

Rasulullah SAW sentiasa menggunakan bahasa yang baik dan bijaksana sewaktu berdialog serta berhujah dengan golongan Musyrikin atau Yahudi ketika menyampaikan kebenaran agama Islam kepada mereka.

Masyarakat Melayu sejak zaman nenek moyang lagi menggunakan kaedah menegur secara halus dan sinis termasuk menggunakan bidalan, perumpamaan serta kata-kata pepatah supaya orang yang ditegur tidak mudah berasa hati atau cepat melenting.

Wajarlah dalam hal ini, pendidikan menegur dengan bahasa yang betul dan berlapis dijadikan amalan dalam masyarakat demi memastikan silaturahim, kerukunan terus utuh yang membentuk tembok kukuh membina generasi teguh, berprinsip serta cinta-mencintai sesama sendiri.



Wallahualam Bishowab….
Sesungguhnya akan lebih banyak kerosakan dari kebaikan kalau kita terlalu berkeras dalam menegakkan syiar ISLAM… 


Bila  sudah  sampai di tahap membuka   aib  seseorang, apakah  makna  dakwah itu sendiri? Dimana keikhlasan dan  di mana  keberkesananny  dalam   kita  hendak menyebarkan  ajaran  Rasulullah kan? 

Untuk itu… demi  ALLAH  dan  para  RasulNya, saranan ku kepada mereka yang mempunyai ilmu, bimbinglah mereka yang tidak tahu, berikanlah mereka tunjuk ajar dengan kelembutan hati dan kasih sayang sebagai sesama insan….


Tiada manusia yang begitu pasti tentang syurga atau nerakanya… setiap sesuatu boelh berubah dan di ubah.
Itulah namanya perjuangan, jihad fisabilillah…. Yang baik hari ini belum tentu esok hari dan begitu juga yang buruk dan terlanjur hari ini belum tentu akan berterusan begitu hingga ke akhir hidupnya.. janganlah kita menjadi penghukum sesama kita kerana hanya pada ALLAH SWT lah segalanya kita serahkan..


 https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTMaAFg71AlLNYV21TdLyUfI8Nh4ORGbwfGHskkfnVxe8Jj7XmO

subahanALLAH , Maha Suci ALLAH yang menjadikan langit dan semesta alam…
moga tersentuh hati yang keras itu, dan lembutlah jiwa yang selalu membatu…. Kita di dunia hanya sementara, berbaik sangkalah dan berbaik adablah ..
tidak  akan  ada  ruginya kebaikan walau sebesar zarah sekalipun…Amalkanlah sunnah nabi dalam hidup kita sehari-hari....

sehingga menaip lagi…
salamun alaikh ,shollu alan nabi, ya Rasul ya habibi ya musthoffa…Ya Rahmatan lillahi  Ta’ala

Tiada ulasan:

Catat Ulasan