Pemandangan air sungai Batang Sadong dari teratakku syurgaku <3 |
Olaaaa Mi amorrr.. ahaksss
Assalamualaikum Warrahmatullah Hitaala Wabarakatuh...
Alhamdulillah... bertemu lagi kita dengan izin dan Rahmat ALLAH AZZA WAJALLAA...
semalam sangat -sangat busy mengalahkan Perdana Tak Menteri dalam proses bermain dengan jarum dan benang kait kesayanganku... (nanti sharekan hasil kesibukannya yer.. sekarang mak anjang nak story lain pulak)
so, pagi ini kita entri dengan kisah my homevillage - Tanah Puteh dan aktivitinya.. watch out You people.... hahahaha
Hasil pagi tadi 26/12/2014 - Ikan Labang @ patin Buah 2.6kg - (dalam gambar hero sulung - Ah Cheng@ Muhamad Raihan Muzammer) |
Tadaaa... ikan Labang in da house...(tengok ikan jangan perati orangnya okay) ini pula putera kedua - Anem@ Muhammad Aminul Mukminin tahun lalu punyer cerita -2013 |
Kat sungai Batang Sadong ni pun bukan selalu ada ikan ni tau. Kemunculannya mengikut musim dan iklim...
Dan kaedah mengambilnya pun tak boleh sebarang. Kena dengan pukat rentang, ikut air tenang... wowww.. kena pro dalam banyak aspek kalau tak kang pulang dengan kehampaan.. hehehe
Ikan ni boleh mencapai besar dan berat hingga berpuluh kilo tetapi itu tinggal cerita orang veteran kut sebab sepanjang aku bermastautin di heavenly Tanah Puteh ni belum jumpa lagi yang segedabak (sebesar) itu.. Paling besar 8 kilo setakat ini...
Ikan ni lah satu-satunya ikan sungai tak bersisik yang dapat aku telan dan nikmati sepenuhnya... Yang lain aku failed terutama ikan baung.. masaklah salai, goreng atau pekasam alamat menelan limau belacan (limau nipis) jugak aku jawabnya... Kecuali ikan ni - Ikan Labang @ Patin Buah.
Ikan ini juga amat lazat (masakan khas sebenarnya sebab kalau masak masakan lain, rasa dia kurang ummphh) di masak dengan tempoyak..... memang menjilat siku laa beb..nanti aku bagi resipi ikut stail pak mentua aku selalu buat okay.. (masalahnya sebab aku gheti makan jer, kalau aku masak mesti jadi kurenggg sedap berbanding yang pak mentua aku masak.. ampehhh kan aku ni... hahaha - jujur lebih baik okay )
Ikan-ikan Labang @ Patin Buah yang menjadi rezeki di musim air besar tahun lalu - 2013 |
Aku harap, suatu masa yang terdekat ni.. harga ikan ni di sini akan mengikut harga pasaran semasa sebab ini akan menaikkan juga taraf ekonomi para pemburu nya yang kadang macam tak berbaloi nak menjual bila harga terlalu murah berbanding keistimewaannya ..betul kannn?
Ni ikan Labang yang di tangkap di Simunjan dalam sungai yang sama iaitu Sungai Batang Sadong - | besar kan? |
Yang tak pernah makan , tak salah mencuba kalau terjumpa.. ikan ni pastinya mempunyai lemak omega 3 , awet muda dan menyihatkan...sebab tu kalau pembaca datang ke my Heavenly Kampung Tanah Puteh , Serian Sarawak ni mesti rasa kagum melihat penduduknya yang still cute' , kulit gebu walau dah berusia sampai susah nak meneka umur mereka ... tak percaya? datang sendiri... hehehehe - sila rujuk peta di bawah (https://goo.gl/maps/35UDA- Kampung Tanah Puteh, Serian, Sarawak)
Ini resipi Ikan Labang @ patin Buah masak tempoyak yerr.
Gambar hanya Hiasan - jangan mare( gambar sendiri tak ambil lagi ok) |
BAHAN-BAHAN :
ikan Labang @ Patin Buah
tempoyak (lagi masam lagi sedap)
cili padi/cili bunga (kalau pemedas buh lebih okay)
bawang merah
bunga kantan (bunga sabung - bahasa Tanah Puteh)
air
garam/gula/serbuk perasa secukup rasa
CARA-CARA MEMASAKNYA:
masukkan air ikut suka (nak kuah lebih, lebihkan air), masukkan bawang, bunga kantan, gaulkan tempoyak ikut selera (nak pekat buh banyak nak biasa biarkan cair saja).
setelah mendidih (merodak kata orang Tanah Puteh hehehe :) )
barulah masukkan ikan Labang @ Patin Buah ni samada nak kerat kecil atau kerat dua untuk yang saiz kecil).
biarkan masak, rasa dulu baru masukkan penambah perasa garam,gula dan serbuk perasanya. Kecilkan api , biarkan seketika,matikan api dan kemudian baru boleh di hidangkan.
insyaa'ALLAH... sangat sedap dan berkhasiat .. :)
Aku harap , para pembaca yang di muliakan ALLAH beroleh sedikit ilmu dan informasi dari apa yang aku kongsikan di sini, hari ini...
25 Disember 2014 - selamat hari raya (celebrating day) buat pembaca yang beragama Kristian... enjoy ur day people... =)
sekian dulu,
dari aku yang blur pagi ini..hahahaha
sampai jumpa lagi di lain entri -
jaga diri , hiasi pribadi - Baraqallahufiqum
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera <3 <3 <3
artikel yg menarik.
BalasPadam