blog pribadi yang menampilkan aktiviti, nostalgia , hobi dan pendapat juga perkongsian cerita dan ilmu penulis sehari-hari.
Ahad, 21 Disember 2014
KAWAN - siapa mereka sebenarnya?
Assalamualaikum.. menaip lagi mak Anjang sorang ni.. nafsu menaip sedang membuak-buak katakan walaupun kopiah tempahan kawan FB tu sedang menunggu untuk di sempurnakan sebelum 25 haribulan ni nanti.. insyaa'ALLAH.. kalau dah rezeki , siap jugak tu nanti.. aamiinn =)
Berbalik kepada isu quotes di atas, izinkan aku bertanya... siapa kawan anda?
kita sebenarnya mempunyai sangat ramai kawan, hari-hari kita mengenali insan baru , menjadi kawan kepada kita dan kawan kepada kawan kita yang akhirnya menjadi kawan kita pula.. sungguh luas persepsi seorang kawan.. Aku pun ada kisahku sendiri sepanjang berkawan mawan lawan nih..
Cuma , isu yang cuba aku ungkaikan siapa sebenarnya kawan kita ...
27hb mac 2014
aku datang ke KL kerana cuba memenuhi permintaan seorang kawan yang telah setahun aku kenal dan telah setahun lebih aku bekerja dengan dia sebagai PR/PA pada mulanya. Tetapi 27hb itu aku datang sebagai pembantu restoran merangkap membantu kerja pengkeranian' (betulkan kalau aku tersalah eja)
aku datang dengan anak kecilku baby Asya.. Apa yang aku harapkan adalah yang baik-baik saja kerana aku memang tidak pernah seumur hidup bekerja di restoran dan melayan orang makan dan minum dan melayari internet sekaligus. Aku datang juga kerana aku rasa terhutang budi dengan duit kawan aku yang RM300 dia dahulukan itu. Padahal ... dia sangkut sebulan gaji PR/PA aku dulu dan dia sangkut dengan MY ZAUJ tentang bayaran pejabat yang dia suruh kami sewa sebelum itu.... Tetapi , bukan itu masalahnya ...
Dia memberitahu pekerja di situ jika aku dan baby adalah keluarganya yang jauh tetapi tentu-tentu sekali menjadi kemusykilan mereka kerana kalau keluarga kenapa kami berdua di sumbatkan ke bilik kongsi yang pengap , kotor dan berhabuk itu.... AKu mula rasa tidak selesa... tetapi kerana kawan, aku diamkan saja...
Hari ke sehari , masih begitu... tiada perubahan malahan apa yang aku perhatikan dia lebih mengagungkan pekerja luar dia semata-mata. Aku cuba menjadi pekerja yang baik , sebagai keluarga dalam anggapan pekerja yang lain aku berusaha untuk menampilkan imej itu.. Tetapi... keluarga yang macam mana aku ini kalau di depan pekerja yang lain aku masih menggunakan handphone cabuk ku si C3 Nokia keluaran 2010 itu? sedangkan pekerjanya yang lain memiliki Android phone yang canggih-canggih mengalahkan kawan aku tu sendiri.. Tentu saja benda ini menjatuhkan imejku sebagai keluarga di mata mereka dan aku percaya, dengan sebab itulah aku hilang kredabiliti dan pekerja luar itu memandang aku tak ubah seperti parasit dalam Restoran...
Aku sebal... aku telah memberitahu nya lewat sms2 ku tetapi aku melihat dia endah tak endah. Tidak penting baginya kerana ada perkara yang lebih penting.. Macam biasa, di situasi terdahulunya... aku kena sabar ... ya ALLAH... aku boleh sabar tetapi anakku?
Masuk minggu kedua, bermulanya sesi bentak membentak.. banyak kesilapan berlaku dalam
pengurusan kerja ku yang masih kekok... Dan aku percaya puncanya memang di sengajakan oleh pekerja luar yang senior yang dah merasa DIVA dalam restoran itu. Hatiku mula terperuk.. pengorbanan apa lagi yang perlu aku lakukan untuk terus bertahan di situ. Anakku makin tidak terurus. Kalau aku pulang pukul 12malam maka pukul 12 malam itulah dia bersamaku.... Kurang tidur, kurang makan, matanya pun dah nampak cengkung dan sembab.. Berbagai acara dalam pemikiran ku pun bermula.. Aku sangat-sangat kesal dan sedih.. Aku harus berjuang lagi.. kali ini di lain tempat dan lain situasi.. Aku di tengah hutan batu...
Dan kembali ke asas nama KAWAN... akhirnya aku melarikan diri dengan pertolongan seorang KAWAN ... yang tidak pernah ku jumpa, kenal sebelum ini melainkan atas urusan kerja terdahulu .
Dan.. aku percaya ... ALLAH menghadirkan seseorang yang baik sebagai kawan ketika darurat untuk kita mendapat yang terbaik setelah kita di aniaya dengan cara terhormat... Sejak itu, dialah kawan baruku, dan di perkenalkan lagi dengan kawannya yang telah banyak membantu menumpangkan aku anak beranak di sebuah pangsapuri di hujung peta negeri Selangor Darul Ehsan... (moga ALLAH mempermudahkan urusan mereka sekeluarga dunia akhirat.. aamiinn insyaa'ALLAH)
Sehingga MY ZAUJ datang mengambil kami dua beranak , aku sangat terhutang budi dengan kawan baru yang ALLAH temukan di ketika aku tidak berdaya, tidak punya siapa-siapa dan apa-apa.....
Walau apapun anggapan mereka kini , aku takkan berhenti mendoakan kesejahteraan mereka kerana erti KAWAN itu sentiasa dalam ingatanku... begitu juga buat KAWAN yang telah aku tinggalkan....
Aku mungkin biadap kerana meninggalkan dia tanpa pamitan.. tanpa pesanan..
Yang sebenarnya.. aku sangat kecewa dan sakit hati ketika itu, bukan kerana dia semata-mata tetapi dengan situasi yang aku terpaksa hadapi sehari-hari di tempatnya. Aku tak sanggup memaki hamun, membesarkan suaraku di tempat dia mencari rezeki yang tentunya memberi imej buruk kepadanya dan keluarganya... Sebab.. aku yang sedag sakit, mungkin akan membangkit dan mengungkit kisah lama, kisah hutang piutang, kisah kerugian aku kerananya dan banyak lagi kisah sebalik kisah yang bakal menjadi aib... Aku tak sanggup waima melihat mukanya lagi ketika itu.. Dan .. aku takkan ambil hati dengan apapun anggapan dan persepsi yang dia lemparkan terhadapku selepas itu , kini dan selamanya.. Aku sudah memohon maaf atas segalanya kepada isterinya yang tidak pernah tahu menahu apa yang berlaku antara kami terdahuu sebelum 27 hb itu... terserah darinya untuk memaafkan aku atau tidak.. Aku harap ALLAH akan memebrikan yang terbaik buat dia dan keluarganya... aamiinn Insyaa;ALLAH.. tentang diriku, Aku pasrah... Sebab aku memang orang susah.. dan aku sudah biasa susah dan di persalahkan...
23haribulan April 2014
dengan bantuan seorang KAWAN yang sebenarnya aku tidak pernah kenal mesra sangat di FACEBOOK berdasarkan kisah kurang sedap di dengar tentang dirinya dari kawan kepada kawan dalam dunia entertain akhirnya, kami anak beranak selamat terbang pulang ke tanah tumpahnya darahku Sarawak Bumi Kenyalang.... buat KAWAN itu, kau akan tahu siapa kau .. =) ALLAH saja yang mampu membalas budi baik kau kat kami anak beranak.. jangan risau kesusahan kau sekarang kerana nanti ALLAH akan senangkan kau dengan lain pilihan.. aamiin =)
aku percaya.. mereka-mereka ini adalah anugerah ALLAH yang terbaik dalam sistem sosial kemanusiaanku sebagai hamba yang selalu khilaf menilai makna KAWAN....
Dan .. beginilah kisah KAWAN dalam hidupku..
Bagaimana pula KAWAN yang pembaca-pembaca budiman punya?
Sehingga aku menaip lagi...
ampun maaf segalanya.... aku hanya KAWAN yang serba tak punya apa...
tak sempurna dan tak berharta..
budi bahasa pun tak seberapa..
maafkanlah..
halalkanlah yang termakan dan terminum
izinkanlah apa saja yang terpakai terhutang tanpa sedar ..
terima kasih kerana menjadi KAWAN padaku kerana ALLAH...
Baraqallahufiqum <3
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan