Sabtu, 20 Disember 2014

Trauma sukar tidur malam

assalamualaikum malam...
untuk yang ke sekian kalinya mataku membawa rajuknya hingga ke saat ini.
walau letih siang tadi, tak cukup tidur tetapi masih juga mata ini begitu gagah menjaga malamnya sebelum kesiangan..
aku pun tak faham, kenapa dan mengapa...  mula dulu aku sangkakan aku dah terkena insomnia.. tetapi yang pasti, perangai berjaga malam ini bermula sejak aku kehilangan arwah abah angkatku 25 tahun yang lalu...
nak tumpang baca kisah ni tak?
siapa tahu kalau-kalau ada di kalangan pembaca yang pernah mengalami trauma yang sama kan?
aku sekadar ingin menaip. berkongsi pengalaman hidupku yang tidak seberapa ini ...

baiklah.. aku masih ingat lagi malam itu ... samar sebenarnya kerana ketika itu aku agak mamai-mamai kerana di kejutkan secara tiba-tiba.
dengan menggosok-gosok mata , aku mengadap mak yang sedang bersiap .
'' ina, aku nak anta bapak kau dulu.. dia di serang ampus dia lagi.. kau tinggal ya.. banyak-banyak doa'' itulah kata mak sebelum dia pergi dan aku menguncikan pintu.
dengan tanpa ragu-ragu kerana perkara sebegitu sudah selalu terjadi sepanjang hidupku aku pun menyambung tidurku balik .
memang tidur pulas sehinggalah terdengar mak menangis dan pintu di ketuk kuat selepas subuh. aku bergegas dan sebaik saja pintu ku buka, mak memelukku dan berkata dengan sedu sedan, '' bapak kau dah tak ada lagi Ina... '' ngongoi mak dan aku hanya terpana, berdiri , terkejut, tidak percaya dan hilang kata-kata. aku menenyeh mata . agak kuat kali ini, kalau ini mimpi burukku, biarlah ia cepat-cepat berlalu tetapi,  bagaimana mungkin... sanak saudara dan jiran -jiran yang lain sudah mula datang dan menenangkan aku dan mak. ketika itu, demi ALLAH , tiada setitik pun airmataku tumpah. aku lihat mak... sedih dan menangis, matanya merah, hidungnya merah, aku tiba-tiba mahu jadi kuat... takkan menangis sebab.. aku tidak boleh terima kalau abah angkat aku itu telah di jemput ILLAHI... dan aku kena kuat kalau betul abah pergi sebab .. aku perlu jaga mak untuk abah... aku perlu kuat.... hanya itu yang terdetik di hatiku sehinggalah van jenazah sampai membawakan jenazah abah naik kerumah untuk di sembahyangkan .
ketika melihat jenazah abah terbujur kaku, aku tak tahu kenapa aku sibuk meyakinkan diriku sendiri bahawasanya abah sedang tidur nyenyak. nanti abah bangunlah macam selalu.. rileks, cool... nanti abah baliklah... aku dengar mak bercerita dengan jiran-jiran dan keluarga terdekat... tetapi aku hanya membisu..
tiba masa jenazah abah di bawa ke kubur...
perlahan-lahan jenazah nya di masukkan ke liang lahad, di sini barulah airmataku menitis setitik dua.
sesungguhnya aku masih lagi di selubungi perasaan tidak percaya, tidak menerima... aku cuma sedih yang aku masih tak faham maknanya.
namun.... malam itu , aku mula sukar untuk tidur malam. dalam fikiranku, aku takut tidur malam kerana aku tak sanggup bangun dan menerima berita kehilangan yang tragis seperti itu lagi...
hampir setiap malam... begitulah aku sesudah itu...sehingga kini....
jarang sekali aku tidur awal...
aku percaya, ramai yang alami peristiwa begini.. trauma minda....
kesedihan yang terlalu dalam... hingga sukar menerima kenyataan...

Cuma kini, motif berjaga malam aku ini bukannya hanya satu sebab saja melainkan atas banyak sebab yang lainnya.. cuma, apa yang aku ceritakan adalah sejarahnya bermula..

sudah 25 tahun kisah itu, 8 februari 1989.... namun kesedihannya masih segar di ingatan. kerana aku sangat rapat dengan Arwah abahku... dialah inspirasiku, idolaku... walau cuma seorang abah angkat, kasih sayangnya melimpah ruah untukku seorang.... AL FATEHAH abah... Clement Ajot Ak Unggat @ Osman Bin Abdullah... moga roh abah di cucuri rahmat, di tempatkan bersama orang -orang yang beriman.. aamiinn Allahumma aamiinnn <3 <3 <3


1 ulasan:

  1. Spirit River Indian Tribe - Gambling Programs - Spirit
    Spirit River Indian Tribe A Native American tribe, the Spirit River Indian Tribe operates a casino 해외에서 축구 중계 사이트 and resort near 강원랜드슬롯머신 the 블랙 잭 규칙 site of a Native American spiritusadvising.com reservation 사다리사이트 in

    BalasPadam