Sabtu, 20 Disember 2014

My Self Reminder

Baa baa Chakkkk!!!!
hehehehe.... Assalamualaikum Warrahmatulah.... mudahnya menjemput rezeki... Bangun awal subuh, sholat sunat dan sholat Subuh... doakan kedua orang tua kita yang telah tiada atau yang masih ada dengan doa-doa kesejahteraan dan penuh kasih sayang... insyaa'ALLAH.. rahmat ALLAH banyaknya turun pada waktu pagi. Sebab itu kalau korang perati terutama pembaca yang duduk di kampung Virgin' gitu hahaha.. pasti mendengar riuhnya sang unggas dan hidupan hutan meraikan rahmat ALLAH ini pada waktu pagi...itu sebenarnya tanda mereka berzikir dan memuji ALLAH dengan cara mereka sendiri.. SubahanALLAH...

Tetapi, berapa ramai manusia yang punya akal dan kemampuan ini bangun pagi dan mulakan hari dengan zikir tahmid memuji ALLAH , membaca naskhah pesanan dan cinta ALLAH lewat AL QURANNURR QAREEM kan? aku tahu... sebab aku pun selalu terrrrrbegitu... mendahulukan yang lain selain NYA... sedihnya menjadi manusia yang kurang bersyukur ni kan... nanti bila bertemu masaalah mulalah merungut dan mengeluh.. apa punya manusia daaa.... selalu lupa diri, tidak mengenang budi.. berlagak tuan padahal hamba sahaya...semua kata-kata ini .. untuk diriku jua... korang jangan sentap tak tentu pasal sebaliknya, jadikan ini satu jentikan muhasabah akan diri masing-masing bila berhadapan dengan masaalah , cabaran dan dugaan dalam kehidupan kita sehari-hari.... insyaa'ALLAH..


Suatu ketika dahulu... zaman remaja yang gila-gila... sewaktu siang menjadi malam dan malam menjadi siang, pagi ku (sekitar pukul 9 pagi ke atas) pagi-pagi adalah masa untuk layan lagu-lagu Rock dan Metal . Muka sembab macam pontianak siang , rambut kusut masai dah putar Volume hampir full di radio mini compo panasonic kesayangan aku yang dah jadi arwah dah sekarang ni... Alkisahnya ala-ala Deejay Metal ler gamaknyer sebab rumah seberang akan on lagu-lagu remix dan yang jiran yang rumah sebelah pulak ON lagu-lagu dangduts... arghhh!!!! tension...
aku takkan mengalah.. dari lagu kumpulan SEARCH, WINGS, LIPAN BARA, MAY, SOFEA, BPR, HIDAYU pergi ke METALLICA, SODOM, ANNIHILATOR, SCORPIONS, BON JOVI dan banyak lagi lah koleksi kaset zaman dulu aku tu (yang buat aku ikat perut n nafsu nak beli benda lain sebab aku beli kaset ORIGINAL derrrr) ... Mau tak copOt jantung makcik rumah seberang yang berkecuali dari kegilaan menjadi deejay free itu. Selalu jugak kena sound' mendiang makcik PIT (RIP auntie.. miss U so Much =( ) tetapi , sekejap jerr senyap... aduyaiiii.. dalam kepala itu batu ada duduk jugaaa daaa...

begitulah aku... hamba yang jahil , jauh dari ilmu agama... walaupun aku sebenarnya dari kecil lagi sangat minat hendak mengaji, sholat tetapi persekitaranku menjadikan semua minat dan kehendak aku itu tidak tercapai. Aku membesar di sebuah kampung yang majoriti penduduknya dari suku kaum Iban dan beragama Kristian. Walaupun berbeza fahaman agama namun kami masih boleh hidup bersama dengan baik dan menghormati agama masing-masing. Semua agama mengajar akan kebaikan, adab dan akhlak yang baik-baik. Jadi tidak perlu hendak mengutuk atau merendah-rendahkan agama orang lain dengan merasa agama kita adalah yang terbaik sebaliknya, berdoalah moga mereka mendapat hidayah.. Itu sudah cukup bagi kita hamba ALLAH yang lemah ini.. kerana dalam surah AL KAFIRUN sendiri sudah jelas lagi nyata keterangan ALLAH SUBAHAN WATAALA bahawa , jum kita baca dan fahami sama-sama :


demikianlah firman ALLAH pada Rasulullah kita iaitu Nabi Muhammad Sholallahu Alaihi Wassalam... Jadi, yang penting adalah bagaimana kita menjadi umat terbaik dalam agama kita sendiri, bagaimana kita hendak membuat kawan-kawan dari agama lain kagum dengan kemurnian agama kita melalui diri kita sendiri.. Bukan pada nama ISLAM kita yang indah semata-mata , tetapi ... sikap kita kepada orang lain, budi bahasa kita, kalau ikut sunnah lagi laaa yang terbaik kerana sunnah Rasulullah adalah sebaik-baik sikap manusia di muka bumi ini.. subahanALLAH... ini.. ramai yang tau nak membahan jerr, kutuk sana, kutuk sini, biadap, cakap kasar dan kesat, macam mana orang lain nak hormat dan kagum kat AGAMA kita kerana kita sendiri yang dah mencemari imej ISLAM itu sendiri.. masyaa'ALLAH.. sedihnya..
dan di kalangan kita di zaman yang kian akhir ini .. terlalu banyak kepincangan dan peluang untuk umat ISLAM di pijak-pijak maruahnya bilamana kita yang terlebih dahulu memberi ruang itu .. Wanitanya, waima lahir dalam keluarga ISLAM , membesar dalam suasana ISLAM sepenuhnya tetapi masih taksub menunjukkan kemodenan dengan meniru sifat manusia jahilliah dan tidak bertamadun dari barat... Mohon ampun maaf menjentik isu ini tetapi... sebagai hamba yang dahulunya hidup dalam kejahilan dan kegelapan ilmu, saat ini aku sangat -sangat menyesali diriku sendiri... terasa bodohnya dan betapa banyaknya masa yang aku persia-siakan demi kemodenan yang tidak bertamadun itu.Selagi masih ada kesempatan, kembalilah... Jadilah wanita ISLAM yang berimej dan berkelakuan ISLAM.. begitu juga kaum ADAM, dekatkan diri dengan ALLAH selalu. ALLAH itu MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI.. sedikit ingatan dan kasih kita padaNya, selaut rahmat DIA balaskan..
Janganlah kawan-kawan pembacaku melalui kekesalan itu juga.. Kerana, sekalipun menangis airmata darah masa itu takkan kembali berulang semula. Yang buruk kan kekal menjadi ingatan orang dan masa, bertitik hitam dalam hati kita menjadi noda yang akan kita sembahkan di padang masyar nanti.. ya RABBI... hanya kasih dan ihsan ALLAH sajalah yang boleh mengampuni dosa-dosa kita ... sanggupkah kita?

Dari itu kawan-kawan pembaca yang aku hormati...
semua insan boleh berubah, sebelum datangnya maut menjemput ajal. bukannya aku menaip menganggap diriku baik dan hebat tetapi kerana pedihnya pengalaman meneruskan hidup dalam kekesalan yang panjang inilah yang membuat aku terpanggil menzahirkan isi hati dan pandangan aku di khalayak awam. Bukan juga membuka pekung di bibirku yang serong tetapi, kalau apa yang aku taipkan ini boleh memberi sedikit kesedaran dan keinsafan buat orang lain.. ALHAMDULILLAH...
Aku hanya hamba yang lemah... hamba yang selalu bermaksiat kepadaNya, tetapi hatiku besar.. aku mahu sangat kembali pada ALLAH dalam keadaan yang baik dan bahagia.. Ya ALLAH... moga kami (kawan-kawan pembaca catatan ini) mengakhiri hayat kami dalam keadaan Khusnul Khotimah... aamiiinn .. insyaa'ALLAH.....

Sekian dulu yer kawan-kawan pembaca yang budiman...
Baraqallahufiqum ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan