From Tanah Puteh With LOVE ..
Assalamualaikum Warrahmatullah
1st entri sekadar mukadimmah... harap semua yang membaca blog saya ni dalam keadaan sihat dan ceria hendaknya..
Baiklah..
apa yang akan jadi pengisian saya hari ini adalah, tentang hobi terbaru saya iaitu mengait jarum kait satu atau nama internationalnya Crochet'... well.. benda ni saya kenal sejak kecil lagi sebab mak angkat saya memang antu' mengait. Ada pelbagai paten yang menjadi bahan terokaannya setiap hari tetapi saya pula hanya tahu mengait tali air' @ chains tak sudah-sudah.. hehehe
saya cepat bosan, dan itulah masaalahnya .Masa berlalu , sekarang setelah saya berhijrah ke kampung Tanah Puteh iaitu kampung kelahiran my beloved husband barulah minat itu timbul balik. Yang sebenarnya , keinginan untuk mengait sendiri kopiah anak2 lelaki saya itulah punca mula saya bermain dengan benang dan jarum mengait ni dan hasilnya Alhamdulillah.. menjadi jugak...
tadaaa... inilah antara hasilnya dan yang telah menjadi pilihan hati kawan-kawan FB saya .
bolehlah buat orang yang malas' macam saya ni... apapun, feedback yang saya dapat , mereka memang berpuas hati dan melakukan repeat order untuk benda yang lain pulak..
seronok kan kalau dah siap... itulah kepuasan namanya.. di samping ilmu dan rahmat yang ALLAH pinjamkan.. ALHAMDULILLAH...
daripada duduk melangu memikirkan dunia, apakata kalau dunia pulak memikirkan kita .. hehehe
begitupun... saya jadi agak obses sekarang untuk menyiapkan dan mencuba pelbagai paten dalam seni crochet ni.. Bukan kopiah jer... ada macam-macam lagiiii .... jum tengok..
haaaa.. yang ni pulak sarung kotak telur atau gula-gula sebagai buah tangan buat tetamu majlis .. What U say baby? cute kan? pasti tetamu anda akan senyum meleret kalau dapat buahtangan secute ni lagi pulak unik dan bila-bila mereka tengok benda ni, mereka akan ingat... oooOO.. ni aku dapat kat majlis si fulan hari tu... ALhamdulillah...seronoknyerr... betul tak? heheheh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan