Khamis, 25 Disember 2014

FROM TANAH PUTEH WITH LOVE - when the journey begin .





 Kampung Tanah Puteh dalam peta Google




FROM TANAH PUTEH WITH LOVE – DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA (bhgn I) <3

BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM
Assalamualaikum Warrahmatullah…
heloO brotha n sista dan pembaca blog yang setia amnya.. (ada ke yang  sudi baca omelan aku ni ? ahakss.. takperr.. blog ni bukan untuk glamer, tetapi satu medium buat orang bukan siapa-siapa macam aku ni menaip dan berkongsi cerita semata-mata.. sementara masih ada stok internet kannnn? Hehehhe


Baiklah.. jum kita berbalik kepada tajuk utama di atas.. Tanah Puteh with Love, disini lahirnya sebuah CINTA… heheheh
Kalau para pembaca perhatikan di peta (peta keluaran lama rasanya) Kampung Tanah Puteh , Serian ini tidak mempunyai jalanraya.  Padahal tidaklah berapa jauh dari pekan terdekat iaitu Serian. Okay, itu cerita lama nanti maghah pulak orang  untuk isu berbangkit ni kerana jalanraya untuk masuk ke kampong Tanah Puteh ,Serian ini sebenarnya sedang dalam pembinaan. Memandangkan bentuk mukabumi yang berlembah dan berpaya di tambah lagi adanya TERUSAN yang memisahkan kampung ini dengan tanah besar maka, proses pembinaan itu akan memakan masa .  Yerlah.. bukannya mudah nak membina jalan kan, kita ni tau nak pot pet jer.. Mendesak dan terdesak . Lumrahlah .. mana ada manusia normal yang tak nakkan kemajuan dan perubahan kan? Tetapi apapun.. bersabar itu lebih baik dari membuat stetmen dan tindakan yang memeningkan kepala mereka yang sedang berusaha… betul kannnnn?  =)

Oraittt..
Motif aku menaip kali ini adalah, sekadar nak bercerita yang aku sebenarnya berasal dari Tawau, Sabah. Tempat aku tu, bukannya moden mana pun tetapi memang ada jalanraya sebab berada di dalam lingkungan ladang kelapa sawit sejak tahun 1969 tak silap .
Jadi , setelah beberapa tahun perkahwinan , kami pun berziarah ke Sarawak iaitu kampong halaman my Zauj – Kampung Tanah Puteh …

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjluu0nCeprKu46re6_SFCuUbosTOXO2HLL1gXP3xH-MPbaEMHcrioyXBYMY2LYpp5HkVpfbLI_76t8YAW8LJSS5R4WEDpwAKWgtI9npYU8N06TxQxOFDHpJ6j3OXZP2xsWiq7iKQPuw-1D/s1600/IMG_4922.JPG
Pemandangan dari pengkalan utama atau di kenali sebagai dari jeti Sekolah. Dalam gambar adalah masjid Darul Amaliah.
Mula sampai kat sini, ya masyaa’ALLAH.. berpeluh menggeletar kecut perut tangan kaki memang ingat mati jer dalam perahu kecik yang muat-muat bumper’ aku  dan menggunakan enjin pam menghilir sungai Batang Sadong yang ketika itu sedang naik (musim hujan). Kejap-kejap terjerit buat mak mertua aku ikut bingung . hahahahha.. (ampeh punya menantu)
Bila nak naik ke pengkalan depan rumah lagi masaalah sebab aku punya kegayatan’ maksima yang sampai sekarang susah nak buang. Hehehehhe
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXJbq7z1oaxXJBi9t7-mS7LwCboxGEeP58Z4qMk6AXaHKtku_Ji5eqK1r2M9du3WP7s9I_yZHx0fnnnbyL9VNPAPBz1VW3gQHv9KJehuYOukjA-j1IOn55YxDigGyvYg13zcrzH9IZm6Bm/s400/pasir+9.jpg
pinjam gambar en. Google sat, nak tunjuk contoh perahu enjin pam yang aku naik masa mula datang kat sini 1999 dulu.
Dah puas merangkak , terjerit naik perit anak tekak akhirnya aku Berjaya juga memijakkan kaki ke heavenly Tanah Puteh – what the beautiful village ever….
Suasana masa tu dah nak malam dah, tetapi sambutan keluarga dan jiran-jiran tetap ada. Seronok dan segan jugak sebab tentu mereka tumpang dengar gak kekecohan aku sebelum naik tu. Sabar sajalaaa labu dan SENYUM jangan putus.. Terapi diri yang paling berkesan tauu… hahahhaha
Biasalah, 1st time datang kan, semua serba kekok dan canggung dahlah tak gheti nak cakap melayu Sarawak asli ni.. hantam sajalaa lagipun, kalau ikutkan, tak berapa jauh dialek mereka dari bahasa ibundaku iaitu bahasa Iban (padahal aku sendiri pun jarang gunakan bahasa Iban ) hehehehe…
Apapun.. ziarah pertama itu sudah cukup mengikat rohku untuk mencintai kampong yang masih dara’ dari pembangunan moden ini. Sehingga akhirnya aku tidak kesal utuk meninggalkan kebiasaan dan kemudahan yang ada di tempatku sendiri kerana aku percaya, tiap kekurangan itu pasti ada kelebihannya..  Pada asasnya , aku memang mencintai alam semulajadi. Jadi , di sinilah syurganya…
Hingga kini, setelah mempunyai 6 orang cahayamata aku masih di sini.. Menikmati hidup apa adanya.. Di sini lahirnya sebuah CINTA ..
gambar awal tahun 2014- perahu dah tukar bot, ihsan program E-Kasih. Dalam gambar my Zauj, putera-putera bonda - Azim,Ah Cheng dan Anem.

Tanah Puteh pada dasar aktiviti penduduknya adalah bertani . macam-macam yang mereka tanam sepanjang tahun tetapi yang utama adalah penanaman padi.  Tetapi , kini .. ada juga yang sudah bertanam Kelapa Sawit, Getah, Koko dan pelbagai tanaman kontan juga buah-buahan. Selain dari itu, kaum hawanya ramai yang mempunyai kemahiran menganyam tikar BEMBAN. Suatu ketika dahulu, tikar bemban amat popular kerana kesejukannya . Biar di musim panas kerinting pun, bila duduk di atas tikar bemban pasti rasa teduh dan nyaman. Aku pernah juga cuba menganyam bilahnya yang dah mak mertua kesayangan aku siapkan tapi.. minta ampun banyak-banyak.. aptb.. apapun tak boleh daaa.. tak menjadi langsung.. Sudahlah proses nya agak remeh dan sukar..  (nanti-nanti aku sharekan gambar dan proses mengayamnya ok.. insyaa’ALLAH) jadi, aku memang tabik dengan seni menganyam tikar bemban ni. Bukan mudah, Rare dan unik.
tikar bemban photo: tikar DSC00873.jpg
Gambar hanya hiasan - contoh tikar Bemban yang unik bukan hanya rupa tapi sifat dan teksturnya.



Tanah Puteh ini juga , walaupun jauh dari jalan besar tetapi Alhamdulillah, mempunyai bangunan Sekolah rendahnya sendiri. Dapatlah anak-anak kampong mendapat pendidikan tanpa perlu keluar dari kampong dan menghadapi pelbagai risiko di luar . Bagaimanapun,  akan keluar juga sebaik saja habis sekolah rendah tapi sekurang-kurangnya mereka sudah besar dan boleh membawa diri di Bandar. Walaupun banyak cabaran buat guru-guru yang mengajar tetapi aku kagumi perjuangan mereka demi anak bangsa.. Dan ada juga guru mengajar terdiri dari anak jati kampong Tanah Puteh ini sendiri… mereka memang awesome’ … bagi pendapat aku , bukan mudah nak mengharungi air sungai yang tidak menentu mood’ nya seperti sungai Batang Sadong ini untuk mereka menyampaikan ilmu, tetapi atas dasar kesungguhan dan ketabahan mereka mendidik , akhirnya ramai juga anak-anak kampung yang sudah Berjaya di luar sana… sekalung tahniah buat mereka, yang pernah dan sedang mengajar di sini .. 


buahati bonda berdua (Atun dan Adan) - gambar berlatarkan antara koridor utama SK Tanah Puteh

Selain itu, kampong ini juga ada Masjid – Darul Amaliah, Dewan masyarakat , pertubuhan Relawan, pelbagai persatuan, AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia) pun ada dan dari AIM ini ramai yang mula berjinak-jinak melibatkan diri dalam perusahaan kecil-kecilan seperti snek dan makanan ringan produk sendiri.  

Salah satu kegiatan penduduk kampung - RELAWAN Malaysia di Tanah Puteh. Kelihatan para anggota Relawan sedang berlatih kawat di salah satu gelanggang di SK Tanah Puteh.
Hurmmm… banyak jugak keistimewaan yang rasanya aku kena taipkan di entri akan datang.  Jadi, kepada yang nak tahu lebih lagi, jangan lupa FOLLOW me kat FB – akaun Embun Menangis, dan sudi-sudikanlah menjenguk blog aku yang lintang pukang ni bila ada kelapangan ..  Gambar-gambar aku tak ambil lagi.. . Sabar, tunggu dan lihat.. korang mesti teruja nak explore banyak lagi tentang kampong Tanah Puteh – disini lahirnya sebuah CINTA ini.. hehehe

Sampai jumpa lagi..
Jaga diri, Hiasi Peribadi..
Assalamualaikum dan Salam Satu Blogger   (^_^)

#SAMA-SAMA DOAKAN MOGA MANGSA BANJIR DI MALAYA DI LINDUNGI ALLAH HENDAKNYA.. AAMIINN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan