Ahad, 21 Disember 2014

No MONDAY BLUES no MOre

Kelebihan hari Isnin dalam Islam

Kelebihan Hari Isnin.
Daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: Rasullulah s.a.w. ditanya sahabat tentang kelaziman baginda berpuasa pada setiap isnin. Maka Baginda bersabda: " Padanya Aku dilahirkan dan padanya Wahyu yang pertama diturunkan".
Hari Isnin adalah hari Pelayaran dan Perniagaan. Oleh yang demikian bagi sesiapa yang ingin berlayar atau yang ingin membuat perjalanan, maka seelok-eloknya lakukanlah pada hari Isnin.
Selain dari itu, umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa sunat pada Isnin. Abu Hurairah meriwatkan bahawa Baginda Rasulullah bersabda: "Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah s.w.t. pada hari Isnin dan hari Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalan ku dihadapan Allah s.w.t pada ketika aku berpuasa".(Riwayat Imam Termidzi).
Peristiwa Yang Berlaku Pada hari Isnin.
1. Nabi Idris a.s. naik ke langit.
2. Nabi Musa a.s.  telah pergi ke bukit Thursina, untuk menerima wahyu.
3. Turunnya Dalil tentang ke-Esa-an Allah s.w.t.
4. Lahirnya Nabi Muhamad s.a.w.
5. Malaikat Jibrail turun buat pertama kaliya bertemu dengan Baginda Rasulullah.
6. Wafatnya Baginda Rasullullah s.a.w.

Zikir Hari Isnin.
"La Haula Wala Quwwata Illa Billahi" maknanya - Tiada daya dan kekuatan( untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang munafaat) selain Allah s.w.t.
Fadilat Zikir.
Rasullulah bersabda maksudnya, " Sesiapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan" (Hadis Riwayat Tabrani).

petikan dari blog #mrCheff

Assalamualaikum Warrahmatullah..
selamat memulakan hari di permulaan minggu....

kawan-kawan pembaca yang di muliakan...

setelah kita menghayati informasi ISNIN dalam ISLAM di atas semoga tiada lagi istilah MONDAY BLUES dalam diari kita sehari-hari... Monday Blues hanya untuk masyarakat Yahudi dan para sekutunya.. sepatutnya kita.. menyambut ISNIN dengan semangat dan kekuatan jua keyakinan untuk lebih gagah dan tabah dalam memperjuangkan hidup kita sehari - hari...
hanya kehidupan yang berpandukan sunnah dan ajaran serta petunjuk dari AL QURAN sahaja yang mampu memberikan kita nurr ISLAM yang sebenar... ALLAH akan memberi rahmat.. walau sedikit tetapi tetap cukup ... selebihnya, bersyukurlah kerana apa yang ALLAH beri adalah yang terbaik buat kita.. tiada dakwa dakwi lagi..





http://38.media.tumblr.com/1258789df32925e546d78f9539743419/tumblr_ncmz00kUxI1qee3x0o1_500.jpg


Semoga menjadi amalan bersama buat aku, kamu dan mereka.. sama-sama kita sebarkan demi kasih sesama manusia dan redha ALLAH AZZA WAJALLA....

sekian dulu untuk No more Monday Blues dari daku Qalam yang hina....

Assalam <3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan